Solat Dhuha - Menambah Rezeki, menolak kepapaan.
Shakir Zufayri Filed Under: Labels: renung-renungkanMalam Jumaat, 3/3, ana hadir ke kuliah Maghrib yg diadakan di surau taman ana. Disampaikan oleh seorang pendakwah bebas, ana memang dah kenal lame dah Ustadz nih sebab dia dah banyak kali mengajar kat surau taman ana. Namanya Ustadz Haji Ahmad Al-Tampini. Berdasarkan rujukan kitab [yang ana x tahu tajuknye], dan di bawah topik Al-Jauhar, beliau membincangkan beberapa hadis yang menceritakan kelebihan solat sunat Dhuha. Bila ak dengar kelebihannya, FUHH, memang terasa nak buat... Insyallah, dengan keputusan SPM yang bakal diumumkan, ana akan cube istiqamah buat solat sunat Dhuha nih dengan Imanan Wah Tisaban [dengan penuh keimanan dan pengharapan].
[Maaf diatas cacat cela, setakat yang ana ingat, moga manfaat bagi anda semua]
Sabda Nabi Muhammad S.A.W: Barangsiapa yang mengerjakan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat, dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan dikurniakan baginya, alfa-alfa[ribu-ribu] kebaikan, digugurkan alfa-alfa[ribu-ribu] keburukan, dibina sebuah rumah di syurga [daripada emas], diberi kekayaan dan dilarikan papa, dan digugurkan segala dosa.
Menurut Ustadz Haji Ahmad Al-Tampini penuh keimanan itu mksudnya dengan istiqamah dan menaruh harapan terhadap apa yang didoakan kite. Menurut Ulama" kata ustadz, alfa-alfa di dalam bahasa arab atau ribu-ribu itu maksudnye, bilangan yang tidak terhitung oleh manusia atau erti kata lain terlau banyaknya bilangan yang Allah nak kasi atau hindarkan. Allah akan mengurniakan Ribu-Ribu kebaikan/kebajikan atau melalui bahase mudah, Allah akan bagi kita sifat2 yang baik2 atau pahala manakala dihindarkan ribu-ribu keburukan ialah Allah akan mengugurkan segala sifat yang tidak baik dalam diri kita insyallah. Seterusnya, diberi kekayaan dan dilarikan papa maksudnya Allah akan menambah rezeki kepada kita dan membuang kemiskinan yang ada. Penjelasan Ustadz Ahmad yang ana dengar tadi begini, diberi kekayaan dan dilarikan papa ibarat kita menerima tetamu, apabila tetamu datang, mereka membawa rahmat, dan apabila mereka pergi, segala keburukan/bala akan keluar dari rumah kita. Kelebihan lagi, Dibina rumah di dalam syurga daripada emas dan akhir sekali, digugurkan segala dosa [yang paling ana nak kejar kerana dosa ana yang banyak]. Semua manfaat ini PASTI kita dapat SEKIRANYA mengerjakan solat sunnat DHUHA dengan penuh keIMANan dan pengHARAPan. Kalau x ade 2 bende nih, tak kan dapat kelebihannya. Paling kurang 2 rakaat, Menurut Ulama, afdhal 4 rakaat, tetapi boleh buat seberapa byk maksima 12 rakaat, 6 salam. Jangan buat straight 12.
Masanya pulak, mula dari matahari naik se-penggalah, atau start pukul 9 pagi, [seeloknya jgan mula 8.30 takut masih syuruk] sehingga sebelum masuk waktu zohor. Jadi, sebelum orang Azan waktu zohor, bolehlah kita solat sunat Dhuha sekurang2nya 2 rakaat pun x aper yang penting kita dapat manfaatnya. Tidak perlu tergesa-gesa sebab ibadah nawafil ini, atau ibadah sunat ini hanyalaha sebagai ibadah hiasan dan suka-suka. Kalau terasa berat nak buat x payah buat.
Ustadz Ahmad juga ada sentuh pasal surah yang elok dibaca, untuk rakaat pertama, selapas AL-Fatihah, baca Ayatul Kursi 11 kali, rakaat kedua surah Al-Ikhlas 11 kali. Kalau x mampu boleh buat 3 kali, kalau tak mampu gak, buat 1 kali pun tak ape. Yang penting kita buat sekadar hiasan dengan rela hati tanpa paksaan. Ikhlas, khusyuk, dan istiqamah.
Kelebihan-kelebihan lain berdasarkan hadis-hadis Rasulullah yang ana sempat extract,
1) Diampun dosa seperti buih dilautan [2 rakaat]
2) Ditulis padanya sebagai orang yang tidak lalai [2 rakaat-]
3) Ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat [4 rakaat]
4) Dicukupkan baginya pada hari tersebut. [perjalanan hari akan menjadi mudah][6 rakaat]
5) Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat [8 rakaat]
6) Mahligai di dalam syurga, [12 rakaat]
7) Dikurniakan rezeki siang dan malam setiap hari [12 rakaat]
8) Dikurniakan petunjuk terbaik supaya mengingatiNya [12 rakaat]
Banyak lagi sebenarnya yang Ustadz explain tadi. Kalau nak tahu, carik sendiri kitab berkenaan untuk memantapkan lagi diri atau dalam bahase yang sedap sikit, sebagai perhiasan manusia.
Wassalam
{Segala cacat cela datang daripada ana, segala Yang BAIK datang dari ALLAH.}