Dah 2 hari aku atak update blog. So, jalan paling mudah, aku bagi satu lagi restaurant review. Yelah, mentang-mentang aku suka makankan, restoran jelah entri yang aku boleh bagi. Tapi, kalau dapat jejak kat restoran ini memang berbaloi. Tak tahulah kalau korang tak suka sebab sedap tak boleh dibuat gaduh. HAH? Ape maksudnya? HAHA, maknanya sedap itu subjektif. Contohnya, ada orang kata durian sedap, ada juga orang kata durian tak sedap. Lidah Masing-masinglah katakan. So jangan gaduh kalau sedap atau pun tak sedap.
Ok. Kita Proceed. Red Wok terletak di Bandar Baru Bangi. Menghidangkan masakan cina-halal dan juga thailand. Kalau kat bangi, nak cari restoran cina muslim yang best ada dua sama ada RED WOK, ataupun Mohd Chan Abdullah. Dua-dua ini memang sangat berbaloi. Bangunannya sangat simple dan open-air. Menggunakan warna merah dan kelabu sebagai tema untuk menyerlahkan ciri-ciri elegan dan ketenangan. Family aku jenis yang makan luar, ataupun tapau makanan. Parents aku balik lambat, so, tak sempatlah nak masak. Aku dah try makan kat Red Wok lebih kurang 7 bulan. Ternyata belum pernah jemu walaupun makan malam di sana hampir 1-4 kali seminggu. Nak tunjukkanbetapa sedapnya makanan kat situ. Kebiasaannya ramai family yang makan hampir-hampir tidak ada meja kosong. Dibuka untuk menjamu pelanggan dengan makan tengah hari dan juga makan malam.
OK. Kita cerita pasal dinner lah.
Restoran ini akan dibahagikan kepada 2 bahagian. Separuh untuk steambot-sizzling dan sebahagian lagi untuk ala-carte. Kalau nak makan hidangan buffet steambot-sizzling, korang boleh pilih sama ada steamboat sahaja ataupun stemboat+sizzling. Dan korang kena layan diri lah. Pelbagai jenis bahan mentah yang boleh dimasak seperti, daging, kambing, ayam, ikan, segala jenis makanan laut seperti ketam, udang, kepah, kupang, segala jenis bebola dan stick, pelbagai jenis cendawan, sayur-sayuran dan macam-macam lagi. Sama ada nak bakar, atau rebus, itu terpulang lah. Makanan yang sudah di masakan juga disediakan seperti nasi goreng, mee/bihun goreng, ayam panggang, sausage, bebola dan stick dan berbagai lagi. Sesuai untuk orang yang ingin makan sampai puas. Disediakan juga aiskrim sebagai pencuci mulut.
Dan sebahagian lagi untuk ala-carte. Masakan chef yang diimport khas dari thailand ini memang sedap. Pelbagai jenis lauk disediakan dan minuman-minuman yang sedap-sedap belaka. Kebanyakannya terdapat di sini. Ayam, daging, tomyam, udang sotong, ketam, shark-fin, sayur, ikan, mussels, nasi gorang, mee goreng. Senang cerita, klik sini untuk menu.
Yang menjadi favourite aku ialah butter prawn, shark-fin soup, soft-shell crab, clear tomyam, black pepper beef, ikan kerapu kerabu mangga, dan juga beberapa jenis lauk lain. Sungguh aku katakan, makanan di sini sedap-sedap belaka. Cuba try dan rasalah.
Minuman pula terdapat pelbagai kategori seperti jus, ice-blended, hot drinks atau cold drinks.
Kegemaran aku, ice-blended longan la. Fuh, memang menejukkan tekak.
Wide varieties of dessert pun ada. Red Ruby lah yang berjaya menawan hati aku. APA? Water chestnut berwarna merah bercampur nangka dan dihidangkan bersama kuah susu. FUUUUH... SEDAP.
Servisnya agak menakjubkan. Makanan sampai dan dihidangkan dalam masa yang singgkat walaupun sarat dengan pelanggan. Kebersihan menakjubkan walaupun terdapat beberapa anak kucing berkeliaran. Dan yang paling penting, pemiliknya mesra pelanggan dan akan berborak-borak bersama bertanyakan kualiti masakan. Untuk maklumat lebih lanjut, PERGILAH NIKMATI SENDIRI!
Red Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
Email: redwok2u@gmail.comRed Wok Restaurant Sdn Bhd
Lot PT 70550, Jalan Kajang Impian 1/2
Taman Kajang Impian
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor
Tel: +603-8927-4100
Fax: +603-8927-4500
Website: http://redwok.wordpress.com/
Facebook: Red Wok Restaurant
Opening Hours
Monday to Thursdays
Lunch : 12pm to 3pm
Mondays to Fridays
Dinner : 6pm to 12am
Saturday & Sunday
"Almost" all day dining : 12pm to 12am
wallahualam