RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Ramadhan Lagi

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Salam Alaik.
Dah lama x update ni.
Alhamdulillah, disamping kesibukan yang memanjang, tambah2 dengan exam lagi, ada juga kesempatan nak buka internet dan update blog ini. Kalau x update karang rugi la.


Sudah tiba pun bulan Ramadhan Al-Mubarak. Shahrut Tilawah, Shahrus Sabri, Shahrul Quran, Shahrush Shiyam, Shahrur Rahmah, Shahrul Muwasah, Shahrun Najah. Ini semua nama-nama lain bulan Ramadhan. Semuanya ada makna yang tersendiri.

Bila aku pergi majlis ilmu, ustadz tu ada kata, Bulan Ramadhan ini ibarat kem yang dianjurkan oleh ALLAH S.W.T. Kalau manusia buat kem, Ramadhan ni kiranya kem ALLAH. Apa yang specialnya, kem ALLAH ni free. Kem manusia berbayar. Kem Ramadhan ALLAH ni tempohnya sebulan. Kalu kem orang ada pamplet, Kem ALLAH pun ada pamplet. Pamplet tu tulis, syarat kem ni, kenelah MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA DARI TERBIT FAJAR SIDDIQ HINgGA TERBENAM MATAHARI. Dalam pamplet tu jugak ada tulis aturcara[kaifiyat]. Barmula dengan bersahur, bangun sahur ada banyak hikmah, kata NABI, 'bersahurlah walapun dengan seteguk air'. NABI juga ada berpesan supaya melambat-lambatkan sahur.

Selepas bersahur jangan tidur, pergi solat Subuh berjemaah. Kemudian kalau ada majlis ilmu, ikutla majlis Ilmu tu sebab apa? Majlis Ilmu itu merupakan salah satu daripada Taman Syurga. Malaikat turun untuk bawa rahmat ALLAH kepada orang yang hadir. Kalau tak ada, boleh baca Al-Quran sama ada bertadarus atau sendiri. Sebab itulah Ramadhan digelar Shahrul Quran iaitu Bulan Al-Quran dan Shahrut Tilawah ataupun Bulan Tilawah. Shahrul Quran tu sebab Ramadhan ini bulan turunnya Al-Quran. Shahrut Tilawah pulak sebab Ramadhan bulan untuk kita bertilawah atau membaca Al-Quran. Perlulah baca dengan Tajwid dan Tartil. Disunnatkan untuk berTarannum.

Dalam pamplet tu juga ada sebut, kerjakan solat Sunat sperti Solat Dhuha. Bolehlah selitkan bacaan Surah As-Syams dan Ad-Dhuha dalam solat. Banyak faedahnya. Kemudian aturcara seterusnya, lakukanlah kerja-kerja harian macam biasa. Yang fardhu jangan tinggalkan. TENGOK!! dalam kem ALLAH pun kita boleh jalankan kerja lain. Betapa senangnya kem ni. Sebab, dalam bulan RAMADHAN, berkerja pun dikira sebagai IBADAH, dan tidur itu ZIKIR. jadi rebutlah peluang ini.

Dah habis kerja, dah sampai waktu berbuka, BUKALAH PUASA. Awal-awalkan berbuka.walaupun dengan seteguk air. NABI S.A.W berbuka dengan 3 biji tamar yang basah, atau 3 biji tamar kering, atau seteguk air. Ada 3 pilihan. Walaupun seteguk air, ada hikmah disebaliknya. Satu lagi perkara penting, ada hadis Fi'li, kata Anas, 'Aku tidak pernah nampak NABI bersolat dahulu baru berbuka'. Ini Maknanya, RAIKAN BERBUKA DAHULU, kemudian solat Maghrib. Dan bila berbuka, ada adabnye. ADAB pun kene ikut sebab adab bergerak seiring dengan kaifiyat. KAIFIYAT untuk menyempurnakan IBADAH, dan ADAB untuk mencantikkan KAIFIYAT. Antara adab berbuka, jangan makan banyak, berbuka dengan makanan yang manis, yang tidak dimasak atau erti kata lain buah. Berbuka dengan makanan yang berkuah. Kalau lebih, sedekahlah pada jiran. Kemudian, kurangkan daging, kurangkan juadah dan jenis makanan. Banyak lagi. SAMPAI situlah aturcaranya. Selepas aturcara ada aktiviti optional seperti TARAWIKH, dan sebagainya. Amalkanlah. Sesungguhnya Ilmu tanpa Amal adalah SIA-SIA, amal tanpa Ilmu ertinya GILA.

Sekian sahaja,
gunakan Ramadhan sebaik-baiknya untuk bekalan diri 11 bulan sebelum menempuh Ramadhan seterusnya. Mudah-mudahan sampai lah kita ke Ramadhan Tahun Hadapan.

Barakatillah

| edit post
Photobucket