RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Hello Kuching!

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
OK
Assalamualaikum.

Percutian aku untuk kali ni di Kuching. Haha. Sangat seronok sebab Kuching pon banyak. hehe.
Kuching ni memang tempatnye aman. Tak Sesak, Relax. Orang kate sesuai untuk mencari ketenangan r.
Disinilah pengembaraan bermula.

22 Dec.

Pagi2 lagi dah kene bangun. Kenapa? Flight kol 9.30. La Patutla. X per lar. Ni yang excited nih. Haha. Dengan beg yang beso2 belaka, ak ngan family pon geraklah ke LCCT terminal dihantar oleh kawan ayah aku. Sampai je, kitorang terus pergi check in untuk flight. Dah masuk bag siap kene timbang lagi n then kene bayar. Perh, kedekut punye air asia. Tak pela. Bayo jela. Then kitorang gi carik sarapan almaklumlah x makan lagi dari pagi. Pusing punye pusing last2 sarapan la kt McD. Then kitorang nek la flight. Ak suke gile part flight nak take off. HAHA.. Masyuk siot. Perjalan lebey kurang 1jam 45 min.
Sampai kat airport Kuching, ada sorang mamat ni pegang kertas tulis 'EN SAMSUDIN'. Kitorang followla mamat tu nek van. Dia hantar sampai hotel. Nak tau Hotel ape? Riverside Majestic. Gile gempak la hotel tu. Grand la jugak. Hantar barang msuk bilik, kitorang gi la lunch kat hotel tu. X sempat nak berjalan2. Lepastu, kitorang pegi la mall x shopping sikit2. Ape yang bestnye, hotel tu bergabung dgn mall. Ak pun carik r baju sehelai. Dapat la Adidas MIAMI HEAT punye baju. Anak basket la katekan. DA siap shopping kat situ, kitorang jalan kaki pergi main bazaar. Bukan nk carik souvenir. Saje tngok2. Memang banyak gile r barang souvenir. Malamnye pulak, kitorang gi naek penambang gi seberang sungai. Dkt situ ade restoran tapi x best. Lupe nak bagi tau, hotel ak dkt dgn sungai Sarawak.

23 Dec

Ok. Harini kite kuar jalan. Parents ak ada sewa kereta dengan driver. First skali pegi Cultural Village. Lame jugak perjalanan dari Kuching. Kematu siot. haha. Dekat situ ade banyak rumah orang asli. Best la jugak. Boleh tengok macam2 jenis. Bidayuh, Iban, Orang Ulu, Melayu banyak lagi r. Ak pun x ingat. Yang Best nye panjat rumah yang tinggi2 tu. Memang thrilling n gayat. Haha. Ade jugak show tarian traditional. Ad pertunjukan sumpit. Lawak gile mamat asli tuh. Dkt situ ade gak kaum Douglas buat persembahan. Haha. Tapi Ak x Nmpk dier r. Kaum Melanau. Dah habis merantau, kitorang pegi la solat Zuhur n makan. Lepas tu kitorang pegi Wildlife Park. Dkt sini x lame sgt singgah. Ade orang utan dengan buaye je. Dah abes tengok2 kitorang pon balek. Adek ak sumer nak mandi kolam. Ak x join. Then, ak text Serena Cakap nak jumpe. Dia pon dtg ngan kerete Viva hitam pick ak kt mall. Kitorang jalan2 dekat mall yang baru bukak dan kosong. Last2 singgah Bing minum coffee kat situ. Memang best r jumpe kawan lama. Borak habis r. Kul 7.30 ak pon balek hotel. Esok tu harijadi ayah aku. Jadi malam tu kitorang makan best2 r. Makan seafood kt restoran belakang hotel. Ade terubuk, bawal, udang galah, lobster, udang harimau, banyak agi r. Ak pun bedal la smpai habes. HUHU. Sedap gile. Alhamdulillah.

24 Dec

Hari ini hari Jumaat. Pagi2 pukul 9 driver tu amek kitorang kt hotel. First destination. Taman Buaya. Kat situ memang banyak gile haiwan termasuk buaya. Ada crocodile feeding. Tngok la buaya tu makan. Memang lahap. DA ronde lama2 kat situ, ak pon tngok la section haiwan lain pulak. Ade ular, monyet, beruang, macam2 lagi la. Yang ak x tahan monyet. Mula2 monyet tu buat suara comel. Adek ak bagi la ais krim. Lps tu monye tu makan lawak gile. Mcm manusia makan plak. Haha. Dah bla kitorang pon gi masjid solat Jumaat. Selesai solat jumaat, kitorang pegi kilang pottery gi la shopping sikit kat situ. Lepas tu kitorang balek hotel. Dalam pukul 5.30, kitorang pegi la bertolak ke sungai untuk menikmati river cruise kuching. Memang boat nye grand gile. Santai la kat atas bot smpi kul 7 smbil tengok pemandangan kuching. Lepas tu kitorang gi solat n Carik makanan untuk dinner. Memang cantik tapi makanan hampeh. Da x puas hati, kitorang pon pegi beli kfc. Malam tu christmas carol. Ak memang bosan dok dalam bilik. Lepas gitau mak ak, ak pun kuar sorang2 kt waterfront. Jalan2 amek angin. Memang best. Rse ketenangan, smbil dihiburkan dgn lagu street musician. Ade show christmas lagi. tapi ak x tengok. Aku dok la kt tepi sungai smpi kul 10.


25 Dec [last day]
 
Pagi2 lagi kitorang bertolak ke Serikin. Perjalanan lebih kurang 1jam 30 min dari Kuching. Serikin memang sempadan Malaysia Indonesia. Jadi banyak la barang murah2 ciplak. Konsepnye lebih kurang same dgn rantau panjang. Jual baju, beg macam2 la. Kitorang pon shopping la siket2. Da siap semua, kitorang gi kilang kek lapis pulak. Banyak gile kek lapis kitorang beli. smpai 2 kotak. Mmg sedap2 belaka. Lepas tu balek hotel untuk check out. Van ke airport smpi dalam pukul 7.45. Ak pon text Serena lagi skali ckp nk minum coffee. Then kitorang gi secret recipe makan kek smbil minum coffee. Borak punye borak, gebang2 la macam2. Mak ak pun kol Van da smpi. Ak pun balek la gi hotel. Lepas angkat barang, kitorang bertolak gi airport an sampai KL kul 12. huhu..
Pengambaraan tamat.

| edit post

1 Response to "Hello Kuching!"

  1. ~Solahuddaim~ Says:
  2. salam...
    sedap wei idop ko0...
    asyik pegi jejalan jer...

Post a Comment

....

Photobucket