RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Pulang Jua akhirnya

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Bismillah.
Salam Alaikum,

Sudah lama bersekolah, terperap kat asrama, balek jugak akhirnya.
Alhamdulillah, syukur.

Baru boleh tenangkan fikiran selama 2 minggu bercuti ni. Kalau x asyik fikir exam je. Trial SBP pun kantoi 1 subjek. Tapi, syukur Alhamdulillah.

Duduk rumah pun ada cabaran. Dengan laptop, handphone, KATIL pun satu cabaran. Susah nk bagun malam kalau tido kat katil. Haha. Ada Spring lagi. Peh, memang smpai ke subuh x bangun kang.

Di rumah pada 5 malam terakhir kene manfaatkan. Sebab rugilah bagi orang yang slow down kan amalannya pada 10 terakhir Ramadhan [kata Hassan Al-Basri]. So, hidupkan akhir Ramadhan dengan Ibadah.

Hendak juga diingatkan tentang Ibadah nih. Yang paling utama dalam ibadah ialah SOLAT. Ingat x hadis Nabi SAW, perkara yang paling disukai Allah ialah menunaikan solat pada WAKTUNYA. Ini yang paling susah nak lakukan. Termasuklah saya. Kena ingat juga, perkara yang paling awal di Hisab pada hari Akhirat ialah SOLAT kita. Kalau SOLAT terumbang-ambing, ibadah yang lain tolak tepi la. ALLAH x tengok pun. SOLAT yang tidak kukuh ibarat KAIN BURUK. ALLAH akan ambil KAIN dan campak dekat muka kita sambil kata NAH INI SOLAT ENGKAU.

Dalam melakukan ibadah LILLAHIT'AALA, satu perkara yang sangat penting dan perlu dititikberakan ialah Thaharah. Apa itu Thaharah? Kesucian. Perkara ini tersangat-sangat penting. Sebab itulah, dalam kebanyakkan kitab Fikh karangan para Ulama, ada banyak bab, seperti bab ibadah, bab munakahat, bab muamalat, bab thaharah, bab jinayah, banyak lagi lah. Tetapi bab yang pertama bukanlah bab IBADAH tetapi Bab AT-THAHARAH. Jelas menunjukkan bahawa kesucian diri paling penting terutamanya ketika melakukan ibadah. Kita keluar masuk tandas berapa puluh kali sehari, dah pulak tu bagi yang lelaki, eject pun berdiri. Kalau terkene walau setitis urine dekat seluar kita. TAK SUCI lah jawabnya. Lagi satu, eject berdiri menyebabkan urine x keluar habis. Nanti, bila dah habis buang, bile di luar tandas, ada yang terkeluar secara tak sengaja. Tahu tak kalau ada walau setitis air kencing/najis pada pakaian, solatlah 1000 rakaat pun nescaya semuanya sia-sia. KOSONG. Rugilah kalau macam ni. Dan berapa ramai pulak yang bukak seluar lepastu ganti dengan kain ke untuk solat zohor/asar. Sekerat je. Itulah, masyarakat sekarang x amik berat langsung.

InsyAllah.

Sama-samalah kita mengejar LAILATUL QADAR. Kalau anda jumpa malam tersebut, doakan lah saya. Dan kalau saya jumpa, saya akan doakan anda insyAllah.

Wallahualam

| edit post

0 Responses to "Pulang Jua akhirnya"

Post a Comment

....

Photobucket