RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Restaurant review: RNH Cafe Satay Maharani Muar

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Assalamualaikum.

Sejak 6 bulan bercuti, perut aku dah naik lemak. Makin gemuklah senang citer. Ni yang nak kene exercise balik ni. Kalau x boleh jadi Obes. Ayah aku pesan, bila pakai seluar, jgn lebih saiz 36. Nasib baik aku sekarang baru saiz 33. So, ade masa lagi nak kurangkan lemak dan besarkan otot. Eceh. Haha. Tapi sekarang aku bukan nak cerita pasal tuh.


Ahad lepas, cuaca paginya memang sangat indah dan tenang. Bangun pagi aku rasa sangat seronok. Ayah aku ajak semua atok nenek, and pakcik makcik untuk sarapan kat MUAR. Dalam perjalanan, bila seberang je Sg Muar, aku nampak bandar Muar yg cantik walaupun kebanyakan bangunannya design lama. Tu lah yg buat scenery sebelah Sg Muar nampak menakjubkan. Tepi sungai seberang jalan ada deretan kedai, dan salah satu kedai tu merupakan restoran yg sangat famous kat Muar. Tak tahulah kalau orang Muo pun ada yang x tau sedangkan orang Kajang ni pun boleh tau. Nama diberi RNH Cafe Satay Maharani Muar. Design kedai memang old style. Sangat tenang. Tak tau macam mana nk luahkan. Pergi dan rasa lah.

Apa yang special? Sampai je kat situ nanti adelah akak ni tanya. Nak mee rebus ke lontong? Haha. Kalau sarapan, biasanya 2 ni lah. Tapi nasi lemak pun ada gak. Satay? Kat sini lah peluang nak bersarapan satay. Kat tempat lain susah nak carik. Duduk je kat meja tuh, nanti sampai lah satay. X payah susah2 nak order berapa cucuk sebab sistemnya cara lama. Makan dulu, nanti bayar kira lidi. Menarik kan. Hari Ahad tu, aku pekena mee rebus. Memang terbaiklah. Rasa memang sedap. Ala2 mee bandung sikit. Satay pun aku bedal jugak. Ada 4 jenis satay, ayam, daging, babat (perut) dan paru. Favourite aku perut dengan daging. Ayam tu standard lah rasanya. Tapi daging ngan perut, rasanya memang sangat-sangat-sangat SEDAP!!! Korang mesti try! Jujurlah aku katakan, satay kat Maharani Muo ni lagi sedap dari Kajang. Special thanks to RNH Cafe Satay Maharani Muar. Sangat banyak aku makan pagi tu. Sangat berbaloi. Harganya secucuk 50 sen. Makanlah Puas2 yek. Harap2 boleh singgah lagi.

Wallahualam.

| edit post

0 Responses to "Restaurant review: RNH Cafe Satay Maharani Muar"

Post a Comment

....