RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Basket HKSBP Zon Selatan

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,

Suasana dalam game

Assalamualaikum.

AlhamduliLLAH dapat kita bertemu lagi
Kali ini aku nak cerita tentang permainan favourite aku.
Basketball
Untuk pengetahuan,
Haritu ada 1 pertandingan bola keranjang HKSBP ZON SELATAN yang diadakan di Mersing.
Kami berkampung selama 4 hari di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar[ISiS].
Sekolahnya cantik dan lawa. Seronok menginap di situ
Layanan yang diberi oleh pelajar pun bagus

Tentang permainan pula,
1st day kami lawan tuan rumah [ISiS], kami menang. Kemudian, kami lawan SMAP Labu, kami menang. Perlawanan ini sungguh bersejarah sebab kami mencatatkan Score 105-27. Dengan kemenangan keatas kedua-dua pasukan, kami layak untuk ke pusingan kedua.
Pusingan kedua kami menentang SBPI Selandar, kami menang lagi. Kemudian kami lawan SAKTI, sekali lagi kami menang. Walaupun menang, perlawanan dengan SAKTI begitu sengit sehingga kami hanya menang 1 point. Ini telah melayakkan kami ke perlawanan akhir[FINAL]

Di final kami bertemu SDAR, dan dipendekkan cerita kami kalah 4 point.
Tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang pada peringkat kebangsaan di SSP nanti.
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.

Keputusan rasmi:
MOZAC vs ISIS(intergrasi mersing): 76-24 [menang]
MOZAC vs SMAP LABU:105-27 [menang]
MOZAC vs SELANDAR: 36-14 [menang]
MOZAC vs SAKTI: 29-28 [menang]
MOZAC vs SDAR: 49-45 [kalah]

Pasukan aku

| edit post

0 Responses to "Basket HKSBP Zon Selatan"

Post a Comment

....