RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Akhlak Rasulullah

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualikum. Ada satu hadith yang sangat cantik untuk di kongsikan. 

Kitab: Syamail Muhammadiyah, Keanggunanmu Ya Rasululullah.
Oleh: Imam Tirmizi

PERIHAL AKHLAK RASULULLAH [HADITH 331]

Terjemahannya:

Anas bin Malik berkata:

Aku menjadi pembantu Rasulullah selama sepuluh tahun. Beliau tidak pernah walaupun sekali berkata, "Cih!" kepadaku. Beliau tidak pernah mempersoalkan apa yang aku kerjakan, "Mengapa kamu lakukan hal ini?" atau apa yang aku tidak kerjakan, "Mengapa kamu tidak lakukan hal ini?". Rasulullah merupakan orang yang memiliki akhlak paling baik. Aku tidak pernah menyentuh kain sutera atau kain lembut yang lain, yang lebih lembut daripada telapak tangan beliau. Tidak ada bau minyak wangi yang lebih harum daripada keringat Rasulullah.

(Direkodkan oleh Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan Tirmizi)

Keterangan: Hadis ini bertaraf sahih. Dilaporkan oleh Qutaibah bin Sa'id, daripada Ja'far bin Sulaiman ad-Dhab'i, daripada Tsabit yang bersumber daripada Anas bin Malik.

RENUNG-RENUNGKAN, SELAMAT BERAMAL.

| edit post

0 Responses to "Akhlak Rasulullah"

Post a Comment

....