RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Menyahut Panggilan-MU

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: , ,
Setiap kalimah yang aku tulis ini, Engkau memerhati. Aku dapat merasakan, Shakir, kau ni dah sampai ke Tanah Haram, tapi, apabila kau pulang, kau tetap sama. Mungkin aku hanya berubah dari segi fizikal saja. Hati kau macam mana? Iman kau macam mana? Islam kau macam mana? Akhlak kau? Ilmu kau? Sia-siakah ziarahku ke rumah-Mu Ya Allah? Penat lelahku, wangku, ibadahku, tidak membuahkan hasilkah Ya Allah. Terimalah amalanku, dan jangan Kau gantung diantara langit dan bumi.

Assalamualaikum,
Aku nak kongsi SEDIKIT pengalaman aku di Tanah Haram. Moga-moga Allah akan memanggil kamu kelak.

Di tanah haram, setiap kata adalah doa, dah berpotensi menjadi kenyataan atau dimakbulkan Allah saat dan ketika itu juga. Allah menunjukkan kekuasaanNya pada bila-bila masa yg dikehendakiNya. Melangkah kaki aku ke dalam 2 tanah haram, Mekah, Madinah, seperti ada yg menggoncang dada kamu. Sifat mazmumah yg bertapak dalam diri kamu segera tunduk, dan sifat mahmudah pula menonjol-nonjol. Kamu semua akan rasa di sana. Perasaan ingin beribadah terlalu kuat. Setiap masa mengingati Allah. Kalau dulu, di Malaysia, sikit2 mencarut, tapi, di tanah haram, perasaan tu sikit pun tak ada. MasyaAllah. Aku sangat kagum terhadap kebesaran Allah. Kamu akan berfikir lebih mengenai akhirat, dosa, dan sering beritikaf di dalam masjid. Setiap perbuatan kamu, apabila disertai dengan bismillah akan menjadi ibadah. Dan gandaan pahala di tanah haram perlu kamu kejar. Di Madinah, setiap pahala digandakan 1000 kali, dan di Mekah, setiap pahala digandakan 100 000 kali. SubhanAllah. Penat untuk beribadah itu jauh sekali dalam fikiran. Ambillah ganjaran Allah ini dengan membanyakkan membaca Al-Quran, solat sunat, beritikaf, berzikir dan sebagainya.

Di dalam 2 masjid suci ini, ada beberapa tempat yg mustajab untuk berdoa. Jika ada kelapangan, pergilah ke tempat2 ini, dan bedoalah kepada Allah, kerana Allah telah berfirman, Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku akan kabulkan.
Kalau ada kelapangan dan kekuatan, pergilah ke Raudhah di Masjid Nabawi. Kawasannya terletak di sebelah makam Rasulullah. Kawasan Raudhah, karpetnya warna hijau. So, lebih mudah untuk dikenali. Raudhah merupakan taman syurga kata Nabi S.A.W. Kebiasaanya sesak dalam Raudhah itu. Mudah-mudahan Allah akan beri kemudahan.
Multazam: Terletak diantara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah.
Hijir Ismail: Kawasan separuh bulatan yg terletak di antara rukun Syami dan rukun Iraqi. Solat di dalamnya ibarat bersolat di dalam Kaabah. Ditutup semasa solat fardhu. Kebiasaannya sarat dengan manusia yg sedang beribadah.
Hajarul Aswad: Batu hitam di rukun Hajarul Aswad. Sunnat mengucupnya. Batu ini berasal dari syurga. Ramai orang berebut untuk mengucupnya. Pintalah kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk mencium atau sekurang2nya memegang batu itu.
Makam Ibrahim: Binaan emas kecil yg menempatkan batu berbentuk 2 tapak kaki.
Rukun Yamani: Penjuru Kaabah sebelum Rukun Hajarul Aswad.

Sekiranya kamu berpeluang pergi ke tempat2 ini, berdoalah dengan bersungguh-sungguh. Seronoknya akan dirasai.

Aku tak tahu nak kata apa lagi. Sudah seminggu di rumah, tetapi rindunya masih ada. Ya Allah berikan aku peluang untuk mengunjungi lagi Rumah-Mu. Bila aku solat di rumah, aku toleh ke depan aku lihat dinding. Tapi, di sana, aku toleh depan aku nampak Kaabah lambang kebesaran Allah. Masyallah. Terharu hati ini. Seronoknya, hanya Engkau yang mengetahui. Sejuknya lantai Masjid Al-Haram tu masih lagi terasa di dahi aku. Bahang panas siang hari, masih membakar kepalaku. Indahnya saat itu. Moga Kau memelihara aku sebagaimana Kau memelihara aku di sana.

Buat rakanku, pergilah ke sana dan rasai sendiri.

































Wallahualam.

| edit post

2 Responses to "Menyahut Panggilan-MU"

  1. fatimah Says:
  2. MashaALLAH..
    my heart is pounding faster when i read this post..
    its amazing!
    YA ALLAH,please accept me as your guest..
    amin..
  3. Shakir Zufayri Says:
  4. Amiin. Insyaallah x lama lagi.

Post a Comment

....