bertemu lagi kita kerana di panjangkan umur oleh Allah S.W.T
hurm...
aku nk cerita sikit pasal kem jati diri...
Da lame da kem nih berlalu tapi aku citer jela buat informasi kalian yer. First sekali nak cakap, kem nih memang seronok. Dapat membina jati diri aku yang sebelum kini lemah dan menjadi semakin kuat InsyaLLAH. Mendidik aku menjadi insan yang lebih berguna dan beriman. Semoga dapat merasai peluang keemasan ini buat kali kedua.
Ini serba sedikit tentang aktiviti yang dijalan kan. Aku akn cube cerita sedetail yang boleh la. Kem bermula pada stau petang Jumaat yang sangat tenang. aku memang suka hari Jumaat. Panghulu segala hari dan merupakan hari yang tenang bagiku. So, Semua pelajar F4 berkumpul la di court basket dan dengar sedikit briefing dari staff Amran, pegawai waran 1 rejimen 512 askar wataniah. aku tengok muka staff macam garang jer. Baru 1st day lsgi sket n kene hukuman. Nasib abik x kene paper. Pastu akitiviti pertama pun bermula. Namanya sukan lasak. Tapi bagi aku x der la lasak mana. Mungkin bagi hamba Allah yang lain lasak kot. Tapi aku x der la penat sangat. Allah dah bagi kekuatan yang mencukupi. Caranye, setiap kumpulan dibekalkan dengan 5 biji telur, 5 bagpack berisi batu-bata, 1 tayar truck 3 tan, dan sebaldi air. kami kene melalui trek yang disediakan dan membawa pulang barang2 tersebut semula ke tempat penamat. Kumpulan aku agak lambat tapi kami mempunyai kerjasama yang agak mantap. The, aktiviti eksplorace. Macam biasa, ader trek jugak tapi berlainan sikit. kene bawak bagpack jer. Kene lalu longkang 'sunway lagoon' mozac yang sangat panjang. Sakit kaki dgn belakng sebab tercalar dek penutup longkang 2. Tapi tak per. Aku terima dengan redha. Lepas da habis sumernyer, kami naek atas, solat, mandi n lukis bendera.
Malam 2 pulak, aktiviti yang dijalankan ialah meredah hutan di belakang bukit MOZAC. Mula-mula kami bertolak ke kem askar sebelum meneruskan perjalan ke pencawang di atas bukit. Semasa di kem, aku diminta untuk mempersembahkan bendera yang team aku cipta. Then, kami bermain sukan rakyat. Kemudian barulah kami meneruskan perjalanan. Kami Berhenti di tengah2 bukit dan dilepaskan Seorang2 naik ke pencawang yang terletak di atas bukit. Aku ditakut-takut kan tapi aku buat x tau jer. kami pun mula redah hutan dan kembali ke skolah pada pukul 4 pagi.
Esok nyer pulak ader aktiviti paintball dan flying fox. Platun aku telah ditentukan untuk bermain paintball dulu. aku form 1 team yang terdiri drpd aku, Ezam, Omie, Mia, Chiko. Kami diberi peluang untuk merasai 2 game. AlhamduLILLAH team aku menang sumer game. Dapat la juga aku headshot beberapa orang. hehe. Petang tu pulak, baru platun aku main flying fox rentas sungai. Sekejap je habis. X der la cuak sangat. X adventure la. tapi x pela. Nanti aku try yang lagi tinggi. hehe. Aktiviti paling best tyme ialah naik lori tyme nak pegi flying fox. haha. Kemudian kami ade kuliah lepas solat maghrib.Dapat la belajar sedikit ilmu agama. Lepas tuh aktiviti menelesaikan masalah. Kami diberi surat khabar lama dan dikehendaki untuk mereka satu monumen dan satu tali yang kukuh. Kami tidak dibenarkan menggunakan gam atau aper2 bahan pelakat. Kalu nk lekat kene gune air liur. Tyme ni lah air liur aku habis. Lepas tuh aku kene present kt depan. Presentation aku paling seronok r.
Hari Ahad merupakan hari terakhir kem. Pagi tuh kami lambat dan kene hukuman yang berat. Lepas tuh kami ada demonstrasi pengkalan. Sekali lagi kami masuk hutan dan melihat macam mana hemok dibina dan macam mana untuk memasak di dalam hutan. Kumdian kami diminta untuk membina hemok dan memasak makanan sendiri. Kerjasama memang penting. penat btol buat kerja2 nih.
Last skali, aktiviti penutup. dipendekkan cerita team aku menang pertandingan penyelesaian masalah. Tamat
Haaa. Lebih kurang macam tulah kem aku. Seronok. Rase macam nak pegi lagi. Tapi x pelah. Kenangan sekali memadai. ok. Minta maaf sebab x der gambar nk diselitkan sebab x bawak kamera.
sekian
Assalamualaikum