Seronok shopping Barang Raye Tapi.....
Shakir Zufayri Filed Under: Labels: diari, jalan-jalan, renung-renungkanHAri Sabtu 29 ogos 09.
Aku seronok Shopping barang raye tapi....
aku tidakpun 'shopping' pahala untuk hari akhirat kelak...
aku rase bersalah. Cukuplah sekadar mengingati Allah setiap masa pun aku tidak mampu buat. Betapa lemahnye aku nih. Semalam aku shopping macam2, baju raye, selipar raye, seluar, songkok, ketayap dan macam2 lagi. Tempat nye ialah Alamanda Putrajaya. Satu tempat membeli-belah yang sangat susah untuk kita semua menjaga pandangan yakni puasa mata. sangat2 susah. Kalau terpangdang aku terus mengalihkan pandangan. Aku shopping dengan cepat dengan harapan nak pulang dengan cepat. Tapi hakikatnya start shopping kul 11 sampai kul 3. huh, lama sangat. Dengan keadaan aku yang tengah berpuasa, terpaksa la menunggu family member aku yang lain habis shopping. Tapi x pela, aku berpuas hati dgn barang raya tahun ni. Lepas pulang ke rumah, aku solat zohor dan berehat di atas katil sampai kul 5. Tiba2 , abah cakap, "Cepat siap, pukul 6 kita berbuka kat luar,".
Aku pun menurut jer. Lepas bersiap kami semua bertolak ke satu restoran yang agak terpencil tapi x jauh dari rumahku. Restoran tu hidangkan makanan style buffet. Kami pun berbuka dan makan la. Then lepas solat maghrib, kami pun naik kereta dan terus ke supermarket untuk beli barang aku dan adik aku untuk skolah besok dan barang2 untuk masak bihun sup kt surau sebab turn moreh surau kt taman aku ialah keluarga aku. Habis Shopping lagi, aku pulang ke rumah terus solat isyak dan terlelap untk bersedia untuk sahur keesokan harinya.