Dalam post nih aku nk cerita sikit.
Ceritanya bermula bergini. Latar tempat ialah pada zaman Rasulullah. Satu hari ni kan, Rasulullah sedang berkumpul dengan para sahabat. Tengah2 perbincangan tu, tiba2 ada seorang hamba Allah lalu tak jauh dari mereka berkumpul. Then, Rasulullah pun berkata kat para sahabat yang ada kat situ. "orang itu merupakan ahli sy
urga". Para sahabat pun mula pelik dan heran. Mngape Rasulullah cakap die tu ahli syurga. Pastu ade seorang sahabat nih, nama nyer sy lupe. Diapun bertekad nak tumpang tidur dkt rumah hambal Allah yang lalu tadi. Sebab die nk cube bongkar rahsie amalan yang dilakukan oleh hamba Allah tu smpi rasulullah cakap dia merupakan ahli syurga.
Dia pun mule mengemas barang dan pergi ke rumah hamba Allah tadi. Dia pun memberi salam dan berkata 'Assalamualaikum, izinkan saya me
numpang di rumah anda buat 2-3 hari ni'. Hamba Allah pun menjawab 'Waalaikumussalam, Boleh, Aper salahnya' . Kemudian, sahabat tu pun mula tinggal dengan harapan yang 1 iaitu nk bongkar rahsie amalan hamba Allah tu. Sepanjang hari die memerhatikan gerak-geri hamba Allah itu, tapi die x melihat apa2 amalan yang special. Dia berjaga malam utk lihat kalu2 hamba Allah tu bangun malam ker tak n. Tapi Hamba Alla
h tu x bngon malam pon utk beribadah.
Dah 3 hari dier scout, die x nmpak aper2 yang special pd diri Hamba Allah tu. Last2, time nak balek, dia berkata pada hamba Allah tu, ''Wahai ............ , tujuan aku tinggal dirumahmu kerana aku ingin melihat dengan mata kepalaku sendiri apakah amalan yang kamu lakukan sebab Rasulullah pernah berkata bahawa kamu merupakan ahli syurga. Tetapi malangnya, aku tidak dapat membongkar apa-apa rahsia. Izinkan aku mengetahui apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah berkata demikian?"."Apa yang aku lakukan ialah sebelum tidur, aku akan memaafkan semua kesalahan orang terhadap aku. hanya itulah amalan yang aku lakukan wahai sahabat Rasulullah " , terang hamba Allah tersebut.
Jadi rakan2 dan sahabat2 ku sekalian. Igtlah, maafkan kesalahan orang lain terhadap anda setiap kali sebelum anda tidur. Mungkin anda merupakan ahli syurga. Insyallah. Disempena bulan ramadhan yang mulia ini, banyak-banyakkan berbuat amal kebaikan dan berpuasalah dengan ikhlas dan sempurna. Moga2 puasa kita diterima Allah S.W.T.
Sekian drpd saya.
Assalamualaikum.