RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Sanggupkah Kita Masuk Ke Dalam Neraka?

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Bertaubat sebelum terlambat. Seringkalilah muhasabah diri. Sayangi hamba Allah Yang lain.


Assalamualaikum,
Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum.

Hari ini aku nk cerita 1 cerita. Sangat menginsafkan diri. Bagi akula, bagi kamu aku x tahu.

Ceritanya bermula pada begini. Pada zaman Nabi Musa, ada seorang Hamba Allah yang sangat2 kuat beribadah. Then, 1 hari ni kan, Nabi Musa A.S berjalan2 la untuk melihat keadaan umatnya pada zaman tu. Tiba2 baginda ternampak hamba Allah ni tgh beribadat. Umur die lebih kurang 500 tahun gitu-gitu la. Nabi Musa A.S pon menyapa dan mendekati hamba Allah tu. Pastu mereka pun berbicara. Then, ahli ibadah pun tanya Nabi Musa A.S,

"Wahai Musa A.S, aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah akan meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku kepada Allah."

Nabi Musa A.S pun menerima permintaan hamba Allah tu.

Lepas beredar, Nabu Musa A.S pon bermunajat memohon kepada Allah tentang jawapan kepada pertanyaan hamba Allah tadi tuh. Allah SWT pun berfirman.

"Wahai Musa A.S, sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar neraka Ku yang paling dalam"

Nabi Musa pun cerita kat hamba Allah tentang firman Allah kepadanya. Ahli ibadah tu pun terkejut dan terus beredar dengan perasaan yang sedih. Malam tu pulak, ahli ibadah terfikir akan keadaan dirinya. Dia juga terfikir tentang tempat sahabat, teman, ahli keluarga dan mereka yang beribadah lagi sikit daripadanya di akhirat kelak. Ramai diantara mereka yang baru beribadat selama 200 tahun, 100 tahun atau lebih sikit dprd itu. Besoknya, dia pun bertemu dengan Nabi Musa A.S sebab nk bagitau 1 perkara.

"Wahai Musa A.S, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar2 nya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya," kata hamba Allah tu.

Sekali lagi Nabi Musa menyampaikan hajat Ahli Ibadat itu kepada Allah. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S, Allah pun berfirman,

"Wahai Musa A.S, sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di syurga yang paling tinggi"

Haaa.....
Tula cerita aku....
Moga2 kalian dapat pengajarannye ek...
Sanggup x masuk neraka sebab bimbangkan nasib orang lain?
Sama2 lah kita muhasabah diri, fikirkan balik dosa2 yang kita dah buat, dan bertaubatlah cepat sebelum terlambat...
Ingat maut datang bile2 masa....Bertaubatla cepat2...

Wallahu 'Alam

Salamun Alaik.....

| edit post

0 Responses to "Sanggupkah Kita Masuk Ke Dalam Neraka?"

Post a Comment

....

Photobucket