RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Seronok shopping Barang Raye Tapi.....

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: , ,
Assalamualaikum..

HAri Sabtu 29 ogos 09.
Aku seronok Shopping barang raye tapi....
aku tidakpun 'shopping' pahala untuk hari akhirat kelak...
aku rase bersalah. Cukuplah sekadar mengingati Allah setiap masa pun aku tidak mampu buat. Betapa lemahnye aku nih. Semalam aku shopping macam2, baju raye, selipar raye, seluar, songkok, ketayap dan macam2 lagi. Tempat nye ialah Alamanda Putrajaya. Satu tempat membeli-belah yang sangat susah untuk kita semua menjaga pandangan yakni puasa mata. sangat2 susah. Kalau terpangdang aku terus mengalihkan pandangan. Aku shopping dengan cepat dengan harapan nak pulang dengan cepat. Tapi hakikatnya start shopping kul 11 sampai kul 3. huh, lama sangat. Dengan keadaan aku yang tengah berpuasa, terpaksa la menunggu family member aku yang lain habis shopping. Tapi x pela, aku berpuas hati dgn barang raya tahun ni. Lepas pulang ke rumah, aku solat zohor dan berehat di atas katil sampai kul 5. Tiba2 , abah cakap, "Cepat siap, pukul 6 kita berbuka kat luar,".

Aku pun menurut jer. Lepas bersiap kami semua bertolak ke satu restoran yang agak terpencil tapi x jauh dari rumahku. Restoran tu hidangkan makanan style buffet. Kami pun berbuka dan makan la. Then lepas solat maghrib, kami pun naik kereta dan terus ke supermarket untuk beli barang aku dan adik aku untuk skolah besok dan barang2 untuk masak bihun sup kt surau sebab turn moreh surau kt taman aku ialah keluarga aku. Habis Shopping lagi, aku pulang ke rumah terus solat isyak dan terlelap untk bersedia untuk sahur keesokan harinya.

| edit post

Sanggupkah Kita Masuk Ke Dalam Neraka?

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Bertaubat sebelum terlambat. Seringkalilah muhasabah diri. Sayangi hamba Allah Yang lain.


Assalamualaikum,
Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum.

Hari ini aku nk cerita 1 cerita. Sangat menginsafkan diri. Bagi akula, bagi kamu aku x tahu.

Ceritanya bermula pada begini. Pada zaman Nabi Musa, ada seorang Hamba Allah yang sangat2 kuat beribadah. Then, 1 hari ni kan, Nabi Musa A.S berjalan2 la untuk melihat keadaan umatnya pada zaman tu. Tiba2 baginda ternampak hamba Allah ni tgh beribadat. Umur die lebih kurang 500 tahun gitu-gitu la. Nabi Musa A.S pon menyapa dan mendekati hamba Allah tu. Pastu mereka pun berbicara. Then, ahli ibadah pun tanya Nabi Musa A.S,

"Wahai Musa A.S, aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah akan meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku kepada Allah."

Nabi Musa A.S pun menerima permintaan hamba Allah tu.

Lepas beredar, Nabu Musa A.S pon bermunajat memohon kepada Allah tentang jawapan kepada pertanyaan hamba Allah tadi tuh. Allah SWT pun berfirman.

"Wahai Musa A.S, sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar neraka Ku yang paling dalam"

Nabi Musa pun cerita kat hamba Allah tentang firman Allah kepadanya. Ahli ibadah tu pun terkejut dan terus beredar dengan perasaan yang sedih. Malam tu pulak, ahli ibadah terfikir akan keadaan dirinya. Dia juga terfikir tentang tempat sahabat, teman, ahli keluarga dan mereka yang beribadah lagi sikit daripadanya di akhirat kelak. Ramai diantara mereka yang baru beribadat selama 200 tahun, 100 tahun atau lebih sikit dprd itu. Besoknya, dia pun bertemu dengan Nabi Musa A.S sebab nk bagitau 1 perkara.

"Wahai Musa A.S, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar2 nya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya," kata hamba Allah tu.

Sekali lagi Nabi Musa menyampaikan hajat Ahli Ibadat itu kepada Allah. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S, Allah pun berfirman,

"Wahai Musa A.S, sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di syurga yang paling tinggi"

Haaa.....
Tula cerita aku....
Moga2 kalian dapat pengajarannye ek...
Sanggup x masuk neraka sebab bimbangkan nasib orang lain?
Sama2 lah kita muhasabah diri, fikirkan balik dosa2 yang kita dah buat, dan bertaubatlah cepat sebelum terlambat...
Ingat maut datang bile2 masa....Bertaubatla cepat2...

Wallahu 'Alam

Salamun Alaik.....

| edit post

Rindu Terhadap Bacaanmu.

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Rindu aku terhadap bacaan Imam Masjid Al-Haram ketika solat semakin membuak-buak. Teringin aku untuk pergi lagi Ya Allah. Bacaan Syeikh, walaupun panjang, tapi x terasa penat pun. Begitu asyik mendengarnya. Tenangnya fikiran aku. Kadang-kala Syeikh menangis ketika membaca surah di dalam solat. Terharunye Ya Allah. ''Kerana dia takut akan Engkau dia menangis Ya Allah''.

Solat tarawikh hari ini, imam di musolla taman aku ialah saudara...............(rahsia)hehe. Suaranya juga agak merdu.

''Ya Allah kurniakan aku bakat suara dan bacaan Al-Quran yang betul'' .

Slh Seorang Imam Masjid Al-Haram Syeikh Abdul Rahman Al-Sudais


dan 1 lagi Imam masjid ialah Syeikh Saud Al-Shuraim.




| edit post

Kursus Kaifiyat Ibadah Haji F4

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

Assalamualaikum..

Tanggal 8/8/09!

Kami F4 2009 menyertai kursus haji di sekolah yang di kendalikan oleh uztaz luar dan pegawai lembaga tabung haji. Aku rasa sangat seronok sebab dapat belajar cmne nk wt haji sebab sebelum nih, aku cume blaja wt umrah jer.

Rase macam ada peluang nak pergi ziarah Baitullah sekali lagi. Huih seronok nyer. Kursus nih kami dapat belaja camne nak pakai ihram, tawaf, saie, melontar jamrah, dan bercukur. Sungguh mengasyikkan.

Alhamdulillah. Moga2 ilmu yang diperoleh diberkati Allah SWT. Amiin.

Wasalam.

| edit post

Percutianku ke Kuantan ArItUh

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
SUBHANALLAH!!!


Wuih!!! Sedap sata nih...



Merenung jauh sambil menunggu makanan laut kegemaran sampai.



Adikku yang last...tengah pose time memancing kat tepi tasik.



Hurm...Singgah beli durian sat...



Pergh!!! Sedaaaaaaaaaaaaaaap.

Percutian kali nih memang seronok
dapat mandi laut
mandi kolam
makan sedap-sedap
memancing

tapi.....

tiada percutian seseronok percutian
ke
Mekah Al-Mukarramah
dan
Madinah Al-Munawwarah

Teringin daku untuk menziarah Tanah Haram
itu lagi.

'Ya Allah, berikan aku peluang untuk mengunjungi rumahMu sekali lagi.'

Salam Alaik.

Sekian.

| edit post

Doa Si Sepet Yang Makbul

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
GUNAKAN LAH MATA UNTUK MENANGIS DAN BERDOA KERANA TAKUTKAN ALLAH
Firman Allah SWT dari Surah Al-Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
''Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu ...''

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.


| edit post

Mahukah anda menjadi ahli syurga?

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:


Assalamualaikum,

Dalam post nih aku nk cerita sikit.

Ceritanya bermula bergini. Latar tempat ialah pada zaman Rasulullah. Satu hari ni kan, Rasulullah sedang berkumpul dengan para sahabat. Tengah2 perbincangan tu, tiba2 ada seorang hamba Allah lalu tak jauh dari mereka berkumpul. Then, Rasulullah pun berkata kat para sahabat yang ada kat situ. "orang itu merupakan ahli sy
urga". Para sahabat pun mula pelik dan heran. Mngape Rasulullah cakap die tu ahli syurga. Pastu ade seorang sahabat nih, nama nyer sy lupe. Diapun bertekad nak tumpang tidur dkt rumah hambal Allah yang lalu tadi. Sebab die nk cube bongkar rahsie amalan yang dilakukan oleh hamba Allah tu smpi rasulullah cakap dia merupakan ahli syurga.

Dia pun mule mengemas barang dan pergi ke rumah hamba Allah tadi. Dia pun memberi salam dan berkata 'Assalamualaikum, izinkan saya me
numpang di rumah anda buat 2-3 hari ni'. Hamba Allah pun menjawab 'Waalaikumussalam, Boleh, Aper salahnya' . Kemudian, sahabat tu pun mula tinggal dengan harapan yang 1 iaitu nk bongkar rahsie amalan hamba Allah tu. Sepanjang hari die memerhatikan gerak-geri hamba Allah itu, tapi die x melihat apa2 amalan yang special. Dia berjaga malam utk lihat kalu2 hamba Allah tu bangun malam ker tak n. Tapi Hamba Alla
h tu x bngon malam pon utk beribadah.

Dah 3 hari dier scout, die x nmpak aper2 yang special pd diri Hamba Allah tu. Last2, time nak balek, dia berkata pada hamba Allah tu, ''Wahai ............ , tujuan aku tinggal dirumahmu kerana aku ingin melihat dengan mata kepalaku sendiri apakah amalan yang kamu lakukan sebab Rasulullah pernah berkata bahawa kamu merupakan ahli syurga. Tetapi malangnya, aku tidak dapat membongkar apa-apa rahsia. Izinkan aku mengetahui apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah berkata demikian?"."Apa yang aku lakukan ialah sebelum tidur, aku akan memaafkan semua kesalahan orang terhadap aku. hanya itulah amalan yang aku lakukan wahai sahabat Rasulullah " , terang hamba Allah tersebut.

Jadi rakan2 dan sahabat2 ku sekalian. Igtlah, maafkan kesalahan orang lain terhadap anda setiap kali sebelum anda tidur. Mungkin anda merupakan ahli syurga. Insyallah. Disempena bulan ramadhan yang mulia ini, banyak-banyakkan berbuat amal kebaikan dan berpuasalah dengan ikhlas dan sempurna. Moga2 puasa kita diterima Allah S.W.T.

Sekian drpd saya.

Assalamualaikum.




| edit post

Watashi no Kazoku[ keluarga saya]

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

KELUARGAKU DI HADAPAN BUKIT UHUD


Assalamualaikum,


post kali ini, aku nak cerita serba sedikit tentang keluarga yang dicintai. Hurm. Ahli keluarga aku seramai 6 orang. Hidup dalam keadaan yang sangat bahagia. Seronok dapat hidup dalam keluarga yang penyayang ni.

KELUARGAKU DI HADAPAN MASJID AL-HARAM



First skali,
Ibu aku. Orangnya cantik, tinggi lebih kurang 160cm. Seorang yang sangat bertanggung jawab dalam segala kerja yang dilakukan. Ibuku merupakan seorang pengarah kolej di Petaling Jaya. Walaupun selalu menegur aku dan adik-beradik, tapi beliau sangat penyayang. Selalu masak makanan yang sedap2 sebab beliau panda memasak. Sangat pemurah, selalu belanja adik beradik. Selalu beri nasihat, macam seorang pakar motivasi. Pandai mngeluarkan ayat2 yang best2 dan memberi kesan dalam hidup aku. Seorang yang pembersih. Selalu kemas rumah dan beliau akan marah kitorang kalu x kemas bilik. Hehe.

Then,
Ayah aku. Handsome dan suka bergurau senda. Agak tinggi tetapi lebih rendah dari aku. Hehe. "Abah jgn mrh tau". Juga pandai memasak. Kalau ibu x der abah la yang masakkan. Macam2 resepi dier tahu. Selalu gi surau untuk masak untuk kenduri. Seorang yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan nafkah. Selalu gi kerja outstation demi kami. Abahku pemurah, Selalu belanja makan kat luar, belikn baju, hasil, macam2 lagi. Ayah aku pon selalu bagi nasihat. Igtkn aku untuk solat. Dan suke berborak. Abah aku seorang yang penyabar. jarang marah kami adik-beradik. Cuma bagi nasihat. Selalu ajak kami pergi surau. hehe.



ADIK-BERADIK



Lepas 2,

Adik aku yang first. Perempuan. Sekolah kt MRSM Terendak. Cantik dan Comel. Pandai berbahasa Arab. Merupakan seorang yang rajin. Selalu kemas rumah. Pandai memasak. Masakannya sedap gak. Kuat pegangan agamanya. Dia selalu lepak ngan aku. Borak2. Seorang yang peramah. Lagi peramah dari aku. Aku ni segan2 sikit. Akin doakan kakak selamat dunia akhirat. Amiin.

Seterusnya,
Adik kedua or bang cIk.
Comel dan tembam. suka main pistol. Hehe. Pandai Mengaji dan perlu improve kan bacaan ek bangcik. Selalu lepak ngan aku kt bilik. Suka tengok tv dan makan.

Last Skali,
Adik terakhir,
Nama panggilan "adik". Seorang yang sangat comel dan agak rendah. Umur 6 tahun 2009. Sekolah Tadika Islam Al-Fasih. Hyperaktif dan sgt2 suka main, lari dan panjat2. Hehe. Susah nk jage die mase kecik dulu. Sangat cepat belajar. Cepat baca Al-Quran dan membaca. Selalu bermanja ngan ahli keluarga. Suka tengok citer kartun lagi2 upin ngan ipin. Sangat peramah. Punyai banyak kawan. Lastly suka menconteng.

itulah keluarga aku.
mereka sangat seronok dan bahagia. Aku bersyukur dapat keluarga bahagia.

Alhamdulillah.

InsyAllah bertemu laig di post seterusnya.

| edit post

Cuti yang Menyeronokkan

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Salam Alaik

AlhamduliLLah.
cuti telah pun bermula. Dapat la mula puase kt rumah. Seronok btol balek rumah. Dahla kt skola x boleh nk outing. Terperap kt ctu macam dalam penjara. Tapi x per la. syukur sebab Allah da tolong aku untuk berehat di rumah disamping keluarga tersayang.

Sedikit selingan.

nak promote e-mail nih

akir93@yahoo.com

untuk
-ym
-myspace
-facebook
-friendster

sekian terima kasih.

| edit post

Arrab Mini vs My Love - Amr Diab ft Westlife

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualaikum,

Hari ni, aku nak kongsi satu lagu yang agak best. Gabungan lagu amr diab dan Westlife. CUBE2 Le dengar.

link untuk download


| edit post

Ahlan Wa Sahla ya Ramadhan Al-Mubarak

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.
Ramadhan 2009 telah tiba. Hari ini 1 Ramadhan hari pertama aku berpuasa. Semoga dalam bulan yang penuh barakah ini dapat aku memperbaiki diri yang semakin lemah dan kufur akan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Insyallah.

RAMADHAN BULAN UMAT ISLAM.

Ya Allah, Bantu lah aku dalam menjadikan diri lebih bertaqwa kepadaMu wahai Tuhan kepada hamba yang hina ini. Amiin

| edit post

Kem Jati Diri Tingkatan 4

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Alhamdulillah...
bertemu lagi kita kerana di panjangkan umur oleh Allah S.W.T
hurm...

aku nk cerita sikit pasal kem jati diri...
Da lame da kem nih berlalu tapi aku citer jela buat informasi kalian yer. First sekali nak cakap, kem nih memang seronok. Dapat membina jati diri aku yang sebelum kini lemah dan menjadi semakin kuat InsyaLLAH. Mendidik aku menjadi insan yang lebih berguna dan beriman. Semoga dapat merasai peluang keemasan ini buat kali kedua.

Ini serba sedikit tentang aktiviti yang dijalan kan. Aku akn cube cerita sedetail yang boleh la. Kem bermula pada stau petang Jumaat yang sangat tenang. aku memang suka hari Jumaat. Panghulu segala hari dan merupakan hari yang tenang bagiku. So, Semua pelajar F4 berkumpul la di court basket dan dengar sedikit briefing dari staff Amran, pegawai waran 1 rejimen 512 askar wataniah. aku tengok muka staff macam garang jer. Baru 1st day lsgi sket n kene hukuman. Nasib abik x kene paper. Pastu akitiviti pertama pun bermula. Namanya sukan lasak. Tapi bagi aku x der la lasak mana. Mungkin bagi hamba Allah yang lain lasak kot. Tapi aku x der la penat sangat. Allah dah bagi kekuatan yang mencukupi. Caranye, setiap kumpulan dibekalkan dengan 5 biji telur, 5 bagpack berisi batu-bata, 1 tayar truck 3 tan, dan sebaldi air. kami kene melalui trek yang disediakan dan membawa pulang barang2 tersebut semula ke tempat penamat. Kumpulan aku agak lambat tapi kami mempunyai kerjasama yang agak mantap. The, aktiviti eksplorace. Macam biasa, ader trek jugak tapi berlainan sikit. kene bawak bagpack jer. Kene lalu longkang 'sunway lagoon' mozac yang sangat panjang. Sakit kaki dgn belakng sebab tercalar dek penutup longkang 2. Tapi tak per. Aku terima dengan redha. Lepas da habis sumernyer, kami naek atas, solat, mandi n lukis bendera.

Malam 2 pulak, aktiviti yang dijalankan ialah meredah hutan di belakang bukit MOZAC. Mula-mula kami bertolak ke kem askar sebelum meneruskan perjalan ke pencawang di atas bukit. Semasa di kem, aku diminta untuk mempersembahkan bendera yang team aku cipta. Then, kami bermain sukan rakyat. Kemudian barulah kami meneruskan perjalanan. Kami Berhenti di tengah2 bukit dan dilepaskan Seorang2 naik ke pencawang yang terletak di atas bukit. Aku ditakut-takut kan tapi aku buat x tau jer. kami pun mula redah hutan dan kembali ke skolah pada pukul 4 pagi.

Esok nyer pulak ader aktiviti paintball dan flying fox. Platun aku telah ditentukan untuk bermain paintball dulu. aku form 1 team yang terdiri drpd aku, Ezam, Omie, Mia, Chiko. Kami diberi peluang untuk merasai 2 game. AlhamduLILLAH team aku menang sumer game. Dapat la juga aku headshot beberapa orang. hehe. Petang tu pulak, baru platun aku main flying fox rentas sungai. Sekejap je habis. X der la cuak sangat. X adventure la. tapi x pela. Nanti aku try yang lagi tinggi. hehe. Aktiviti paling best tyme ialah naik lori tyme nak pegi flying fox. haha. Kemudian kami ade kuliah lepas solat maghrib.Dapat la belajar sedikit ilmu agama. Lepas tuh aktiviti menelesaikan masalah. Kami diberi surat khabar lama dan dikehendaki untuk mereka satu monumen dan satu tali yang kukuh. Kami tidak dibenarkan menggunakan gam atau aper2 bahan pelakat. Kalu nk lekat kene gune air liur. Tyme ni lah air liur aku habis. Lepas tuh aku kene present kt depan. Presentation aku paling seronok r.

Hari Ahad merupakan hari terakhir kem. Pagi tuh kami lambat dan kene hukuman yang berat. Lepas tuh kami ada demonstrasi pengkalan. Sekali lagi kami masuk hutan dan melihat macam mana hemok dibina dan macam mana untuk memasak di dalam hutan. Kumdian kami diminta untuk membina hemok dan memasak makanan sendiri. Kerjasama memang penting. penat btol buat kerja2 nih.

Last skali, aktiviti penutup. dipendekkan cerita team aku menang pertandingan penyelesaian masalah. Tamat

Haaa. Lebih kurang macam tulah kem aku. Seronok. Rase macam nak pegi lagi. Tapi x pelah. Kenangan sekali memadai. ok. Minta maaf sebab x der gambar nk diselitkan sebab x bawak kamera.

sekian
Assalamualaikum

| edit post
Photobucket