RSS
------------------------------------------------------------
Photobucket

Cover ke??

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Salam Alaik...

Aku merupakan ketua editor majalah PEMBINA di sekolah aku sendri. Draf pertama telahpun kami siapkan. Banyak masalah yang kami (crew editorial) tempuh lagi2 masalah keewangan, kesuntukan masa, dan bz dengan akitiviti lain. Ape yang aku nk kongsikan ialah cover majalah [draf pertama].
Ni x konpem lagi sebab ada ramai permintaan suruh modify sket. X pelah. Aku akan buat perubahan 1 per 1. Aku boleh kongsi cover je. Yang len2 2 next tyme r...hehe...Wassalam





| edit post

Sekian Lama...

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Salam Alaik...

Hari ke hari aku semakin sibuk dengan hal dunia. Setelah sekian lama tak update blog, malasnye pun semakin menghilang. Sory kepada semua sebab dah lama x update blog nih.

Masalah Utama:-
1) Kemalasan yang memuncak
2) Sibuk dengan aktiviti lain
3) Jarang menggunakan internet pd awalnya
4) Internet lambat
5) Laptop rosak

itu je...
sekan wassalam

| edit post

Raye 09 Sangat Bermakna

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,


Bermula dengan malam setelah tiba di kampong, aku terus main mercun setelah berbuka. Seronoknye bakar duet. Esoknye Buat la preparation. menganyam ketupat, bakar lemang dan sebagainye. Masuk jer raye pertama, first skali gi masjid dulu utk solat haru raya. Lepas tu balek. kami sekeluarga bkumpul untuk tahlil arwah. Lepas tu. Mula la sesi bersalam2 meminta maaf kepada sema ahli keluarga aku. Selepas itu, kami semua bergembira dengan sesi penggambaran untuk semua ahli keluarga. Hari raye 1st ak x gi memaner. dok umah bersihkan kawasan rumah. Kitorang bergotong-royong tebang pokok sebab malam tuh ade open house 1 kmpong. Makan sate. dah Siap SUme aku pun jln2 nek motor RXZ pusing 1 kampong tgok2 suasana raye.

Bila Malam tiba, kami bertungkus lumus melayan tetamu. menghidangkan sate dan sebagainya. penat sungguh tapi x dpt nk bayang keseronokannye walaupun blackout pkl 12. Alhamdulillah. X pe la. Esok Mula la beraya satu kampung. TApi tahun ni tukar sikit budaya. Lepas masuk dalam rumah, kami ramai2 marhaban dulu. bru besembang. Dapat la jadi imam untuk baca doa skali-skala. Semua rumah kami marhaban. sampai ke ptg raye x henti2. mkn tengahari pun kt rumah orng. MAklumla Sedare. Dah malam, rehat la.. penat beraya 1 hari.

Esok beraya jauh2. Kt rumah makcik kt batu pahat. Lpk la kt c2 sampai malam. Then kami packing untuk balek kajang. Sampai situ la pengalaman raya di kampung abah.

Esoknye pegi kamgpung ibu. Raye la semua rumah saudara-mara ibu. Malam nye ade makn2 laksaa di rumah makcik ibu. Sedaaaaap. ahamdulillah. Esok Jalan raya kat serendah. Petang tuh balek kajang semula..

Inila citer aku serba-sedikit. Wassalam..

| edit post

Puasa Di Muzaffar Syah

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Tarawikh jom


Berbuka Puasa Bersama Rakan


Tadarus Dulu Baru Main Basket


Jom Riadah



Seronok Santai




Assalamualaikum,

Ramadhan yg Telah lama berlalu ku cuba isikan dengan ibadah yang bermakna. Ku Harap Berjumpa lagi dengan Ramadhan seterusnya. Di Mozac, Ramadhan sgt bermakna. Seronoknya puasa terasa apabila berbuka, bersahur bersama2 sahabat. Lepas berbuka, solat maghrib berjemaah. Lepas tu dengar tazkirah. Hehe.

Azan Isya' telah pun berkumandang, solat Isya' dimulakan dan diteruskan dengan solat tarawikh. Beberapa org pelajar telah dilantik menjadi imam dan bilal. Termasuklah aku. Merasalah menjadi imam dan bilal tarawikh.

Selelasai solat, belajar la.....

Pada hari Akhir puasa di sekolah, khamis, Skola menganjurkan satu majlis Tadarus Kubra. Kami dibahagikan mengikut kumpulan2 kecil dan bertadarus bersama2 sambil dipantau cikgu. Kemudian, MAjlis Khatam Al-Quran serta beberapa persembahan termasuk persembahan multimedia yang ak dan sahabatku Azri, Ayyad dan Faris hasilkan. Sungguh Seronok. Kemudian, Kami Semua dibenarkan pulang ke rumah selepas pukul 1.30.

| edit post

Sudah Lama X buka Internet

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualaikum

Lamanya x update blog...

| edit post

Seronok shopping Barang Raye Tapi.....

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: , ,
Assalamualaikum..

HAri Sabtu 29 ogos 09.
Aku seronok Shopping barang raye tapi....
aku tidakpun 'shopping' pahala untuk hari akhirat kelak...
aku rase bersalah. Cukuplah sekadar mengingati Allah setiap masa pun aku tidak mampu buat. Betapa lemahnye aku nih. Semalam aku shopping macam2, baju raye, selipar raye, seluar, songkok, ketayap dan macam2 lagi. Tempat nye ialah Alamanda Putrajaya. Satu tempat membeli-belah yang sangat susah untuk kita semua menjaga pandangan yakni puasa mata. sangat2 susah. Kalau terpangdang aku terus mengalihkan pandangan. Aku shopping dengan cepat dengan harapan nak pulang dengan cepat. Tapi hakikatnya start shopping kul 11 sampai kul 3. huh, lama sangat. Dengan keadaan aku yang tengah berpuasa, terpaksa la menunggu family member aku yang lain habis shopping. Tapi x pela, aku berpuas hati dgn barang raya tahun ni. Lepas pulang ke rumah, aku solat zohor dan berehat di atas katil sampai kul 5. Tiba2 , abah cakap, "Cepat siap, pukul 6 kita berbuka kat luar,".

Aku pun menurut jer. Lepas bersiap kami semua bertolak ke satu restoran yang agak terpencil tapi x jauh dari rumahku. Restoran tu hidangkan makanan style buffet. Kami pun berbuka dan makan la. Then lepas solat maghrib, kami pun naik kereta dan terus ke supermarket untuk beli barang aku dan adik aku untuk skolah besok dan barang2 untuk masak bihun sup kt surau sebab turn moreh surau kt taman aku ialah keluarga aku. Habis Shopping lagi, aku pulang ke rumah terus solat isyak dan terlelap untk bersedia untuk sahur keesokan harinya.

| edit post

Sanggupkah Kita Masuk Ke Dalam Neraka?

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Bertaubat sebelum terlambat. Seringkalilah muhasabah diri. Sayangi hamba Allah Yang lain.


Assalamualaikum,
Ahlan Wasahlan Wa Marhaban Bikum.

Hari ini aku nk cerita 1 cerita. Sangat menginsafkan diri. Bagi akula, bagi kamu aku x tahu.

Ceritanya bermula pada begini. Pada zaman Nabi Musa, ada seorang Hamba Allah yang sangat2 kuat beribadah. Then, 1 hari ni kan, Nabi Musa A.S berjalan2 la untuk melihat keadaan umatnya pada zaman tu. Tiba2 baginda ternampak hamba Allah ni tgh beribadat. Umur die lebih kurang 500 tahun gitu-gitu la. Nabi Musa A.S pon menyapa dan mendekati hamba Allah tu. Pastu mereka pun berbicara. Then, ahli ibadah pun tanya Nabi Musa A.S,

"Wahai Musa A.S, aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah akan meletakkanku di Syurga-Nya? Tolong sampaikan pertanyaanku kepada Allah."

Nabi Musa A.S pun menerima permintaan hamba Allah tu.

Lepas beredar, Nabu Musa A.S pon bermunajat memohon kepada Allah tentang jawapan kepada pertanyaan hamba Allah tadi tuh. Allah SWT pun berfirman.

"Wahai Musa A.S, sampaikanlah kepadanya bahawa Aku akan meletakkannya di dasar neraka Ku yang paling dalam"

Nabi Musa pun cerita kat hamba Allah tentang firman Allah kepadanya. Ahli ibadah tu pun terkejut dan terus beredar dengan perasaan yang sedih. Malam tu pulak, ahli ibadah terfikir akan keadaan dirinya. Dia juga terfikir tentang tempat sahabat, teman, ahli keluarga dan mereka yang beribadah lagi sikit daripadanya di akhirat kelak. Ramai diantara mereka yang baru beribadat selama 200 tahun, 100 tahun atau lebih sikit dprd itu. Besoknya, dia pun bertemu dengan Nabi Musa A.S sebab nk bagitau 1 perkara.

"Wahai Musa A.S, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar2 nya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya," kata hamba Allah tu.

Sekali lagi Nabi Musa menyampaikan hajat Ahli Ibadat itu kepada Allah. Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa A.S, Allah pun berfirman,

"Wahai Musa A.S, sampaikanlah kepada umatmu itu bahawa sekarang Aku akan menempatkannya di syurga yang paling tinggi"

Haaa.....
Tula cerita aku....
Moga2 kalian dapat pengajarannye ek...
Sanggup x masuk neraka sebab bimbangkan nasib orang lain?
Sama2 lah kita muhasabah diri, fikirkan balik dosa2 yang kita dah buat, dan bertaubatlah cepat sebelum terlambat...
Ingat maut datang bile2 masa....Bertaubatla cepat2...

Wallahu 'Alam

Salamun Alaik.....

| edit post

Rindu Terhadap Bacaanmu.

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Rindu aku terhadap bacaan Imam Masjid Al-Haram ketika solat semakin membuak-buak. Teringin aku untuk pergi lagi Ya Allah. Bacaan Syeikh, walaupun panjang, tapi x terasa penat pun. Begitu asyik mendengarnya. Tenangnya fikiran aku. Kadang-kala Syeikh menangis ketika membaca surah di dalam solat. Terharunye Ya Allah. ''Kerana dia takut akan Engkau dia menangis Ya Allah''.

Solat tarawikh hari ini, imam di musolla taman aku ialah saudara...............(rahsia)hehe. Suaranya juga agak merdu.

''Ya Allah kurniakan aku bakat suara dan bacaan Al-Quran yang betul'' .

Slh Seorang Imam Masjid Al-Haram Syeikh Abdul Rahman Al-Sudais


dan 1 lagi Imam masjid ialah Syeikh Saud Al-Shuraim.




| edit post

Kursus Kaifiyat Ibadah Haji F4

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

Assalamualaikum..

Tanggal 8/8/09!

Kami F4 2009 menyertai kursus haji di sekolah yang di kendalikan oleh uztaz luar dan pegawai lembaga tabung haji. Aku rasa sangat seronok sebab dapat belajar cmne nk wt haji sebab sebelum nih, aku cume blaja wt umrah jer.

Rase macam ada peluang nak pergi ziarah Baitullah sekali lagi. Huih seronok nyer. Kursus nih kami dapat belaja camne nak pakai ihram, tawaf, saie, melontar jamrah, dan bercukur. Sungguh mengasyikkan.

Alhamdulillah. Moga2 ilmu yang diperoleh diberkati Allah SWT. Amiin.

Wasalam.

| edit post

Percutianku ke Kuantan ArItUh

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
SUBHANALLAH!!!


Wuih!!! Sedap sata nih...



Merenung jauh sambil menunggu makanan laut kegemaran sampai.



Adikku yang last...tengah pose time memancing kat tepi tasik.



Hurm...Singgah beli durian sat...



Pergh!!! Sedaaaaaaaaaaaaaaap.

Percutian kali nih memang seronok
dapat mandi laut
mandi kolam
makan sedap-sedap
memancing

tapi.....

tiada percutian seseronok percutian
ke
Mekah Al-Mukarramah
dan
Madinah Al-Munawwarah

Teringin daku untuk menziarah Tanah Haram
itu lagi.

'Ya Allah, berikan aku peluang untuk mengunjungi rumahMu sekali lagi.'

Salam Alaik.

Sekian.

| edit post

Doa Si Sepet Yang Makbul

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
GUNAKAN LAH MATA UNTUK MENANGIS DAN BERDOA KERANA TAKUTKAN ALLAH
Firman Allah SWT dari Surah Al-Maidah ayat 44 yang kira-kira maksudnya:
''Maka janganlah Engkau takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu ...''

Satu ketika di zaman seorang Khalifah berlaku kegawatan ekonomi yang meruncing. Keadaan menjadi semakin gawat apabila tumbuhan tidak menjadi. Hujan sudah tidak turun selama beberapa bulan. Pemerintah mencanangkan agar semua rakyat turun ke padang untuk solat istisqa' dan berdoa agar Allah menurunkan hujan. Namun hujan tidak turun juga. Khalifah menjemput ramai ustaz, tok guru dan para abid yang berpengaruh serta mempunyai ikutan yang ramai, untuk bersama-sama berdoa kepada Allah; tetapi keadaan masih tidak berubah.

Khalifah menjadi semakin khuatir apabila kemarau kian berpanjangan. Baginda berusaha mencari orang yang mustajab doanya untuk tampil ke depan bagi mengimami solat pinta hujan. Akhirnya tampil seorang lelaki yang kelihatan selekeh dengan pakaian yang comot dan rambut yang kusut berjumpa Khalifah. "Ya khalifah! Saya datang untuk menyahut seruan tuanku." Khalifah macam tak begitu yakin melihat pemuda yang comot itu. "Benarkah kamu ini? Sedangkan ramai para ulamak dan abid yang terkenal tidak dimakbulkan Allah doanya, inikan pula kamu yang begini?". Pemuda itu menjawab, "Insyallah doa kita akan dikabulkan!".

Pemuda itu terus mengimami sembahyang bersama rakyat dan berdoa. Belum pun habis doanya, dengan tidak diduga hujan turun mencurah-curah dengan lebat. Khalifah segera bertanya, "Wahai pemuda, cuba kamu ceritakan kepada beta apa amalan kamu sehingga doamu diperkenankan Allah." Pemuda itu menceritakan "Pernah semasa muda dulu, saya begitu asyik melihat wajah seorang gadis ayu. Saya terpesona dengan kecantikannya sehingga saya terlalai dari mematuhi perintah Allah. Saya menyesal atas kejahatan saya itu dan merobek-robek muka saya hingga tanpa disedari biji mata saya terkeluar dari rongganya. Sebab itulah mata saya menjadi sepet. Saya bertaubat dari kejahatan itu dan terus mengabdikan diri kepada Allah." Khalifah mengucapkan terima kasih dan terus sujud syukur kepada Allah.


| edit post

Mahukah anda menjadi ahli syurga?

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:


Assalamualaikum,

Dalam post nih aku nk cerita sikit.

Ceritanya bermula bergini. Latar tempat ialah pada zaman Rasulullah. Satu hari ni kan, Rasulullah sedang berkumpul dengan para sahabat. Tengah2 perbincangan tu, tiba2 ada seorang hamba Allah lalu tak jauh dari mereka berkumpul. Then, Rasulullah pun berkata kat para sahabat yang ada kat situ. "orang itu merupakan ahli sy
urga". Para sahabat pun mula pelik dan heran. Mngape Rasulullah cakap die tu ahli syurga. Pastu ade seorang sahabat nih, nama nyer sy lupe. Diapun bertekad nak tumpang tidur dkt rumah hambal Allah yang lalu tadi. Sebab die nk cube bongkar rahsie amalan yang dilakukan oleh hamba Allah tu smpi rasulullah cakap dia merupakan ahli syurga.

Dia pun mule mengemas barang dan pergi ke rumah hamba Allah tadi. Dia pun memberi salam dan berkata 'Assalamualaikum, izinkan saya me
numpang di rumah anda buat 2-3 hari ni'. Hamba Allah pun menjawab 'Waalaikumussalam, Boleh, Aper salahnya' . Kemudian, sahabat tu pun mula tinggal dengan harapan yang 1 iaitu nk bongkar rahsie amalan hamba Allah tu. Sepanjang hari die memerhatikan gerak-geri hamba Allah itu, tapi die x melihat apa2 amalan yang special. Dia berjaga malam utk lihat kalu2 hamba Allah tu bangun malam ker tak n. Tapi Hamba Alla
h tu x bngon malam pon utk beribadah.

Dah 3 hari dier scout, die x nmpak aper2 yang special pd diri Hamba Allah tu. Last2, time nak balek, dia berkata pada hamba Allah tu, ''Wahai ............ , tujuan aku tinggal dirumahmu kerana aku ingin melihat dengan mata kepalaku sendiri apakah amalan yang kamu lakukan sebab Rasulullah pernah berkata bahawa kamu merupakan ahli syurga. Tetapi malangnya, aku tidak dapat membongkar apa-apa rahsia. Izinkan aku mengetahui apakah rahsia yang menyebabkan Rasulullah berkata demikian?"."Apa yang aku lakukan ialah sebelum tidur, aku akan memaafkan semua kesalahan orang terhadap aku. hanya itulah amalan yang aku lakukan wahai sahabat Rasulullah " , terang hamba Allah tersebut.

Jadi rakan2 dan sahabat2 ku sekalian. Igtlah, maafkan kesalahan orang lain terhadap anda setiap kali sebelum anda tidur. Mungkin anda merupakan ahli syurga. Insyallah. Disempena bulan ramadhan yang mulia ini, banyak-banyakkan berbuat amal kebaikan dan berpuasalah dengan ikhlas dan sempurna. Moga2 puasa kita diterima Allah S.W.T.

Sekian drpd saya.

Assalamualaikum.




| edit post

Watashi no Kazoku[ keluarga saya]

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

KELUARGAKU DI HADAPAN BUKIT UHUD


Assalamualaikum,


post kali ini, aku nak cerita serba sedikit tentang keluarga yang dicintai. Hurm. Ahli keluarga aku seramai 6 orang. Hidup dalam keadaan yang sangat bahagia. Seronok dapat hidup dalam keluarga yang penyayang ni.

KELUARGAKU DI HADAPAN MASJID AL-HARAM



First skali,
Ibu aku. Orangnya cantik, tinggi lebih kurang 160cm. Seorang yang sangat bertanggung jawab dalam segala kerja yang dilakukan. Ibuku merupakan seorang pengarah kolej di Petaling Jaya. Walaupun selalu menegur aku dan adik-beradik, tapi beliau sangat penyayang. Selalu masak makanan yang sedap2 sebab beliau panda memasak. Sangat pemurah, selalu belanja adik beradik. Selalu beri nasihat, macam seorang pakar motivasi. Pandai mngeluarkan ayat2 yang best2 dan memberi kesan dalam hidup aku. Seorang yang pembersih. Selalu kemas rumah dan beliau akan marah kitorang kalu x kemas bilik. Hehe.

Then,
Ayah aku. Handsome dan suka bergurau senda. Agak tinggi tetapi lebih rendah dari aku. Hehe. "Abah jgn mrh tau". Juga pandai memasak. Kalau ibu x der abah la yang masakkan. Macam2 resepi dier tahu. Selalu gi surau untuk masak untuk kenduri. Seorang yang bekerja keras untuk mencari rezeki dan nafkah. Selalu gi kerja outstation demi kami. Abahku pemurah, Selalu belanja makan kat luar, belikn baju, hasil, macam2 lagi. Ayah aku pon selalu bagi nasihat. Igtkn aku untuk solat. Dan suke berborak. Abah aku seorang yang penyabar. jarang marah kami adik-beradik. Cuma bagi nasihat. Selalu ajak kami pergi surau. hehe.



ADIK-BERADIK



Lepas 2,

Adik aku yang first. Perempuan. Sekolah kt MRSM Terendak. Cantik dan Comel. Pandai berbahasa Arab. Merupakan seorang yang rajin. Selalu kemas rumah. Pandai memasak. Masakannya sedap gak. Kuat pegangan agamanya. Dia selalu lepak ngan aku. Borak2. Seorang yang peramah. Lagi peramah dari aku. Aku ni segan2 sikit. Akin doakan kakak selamat dunia akhirat. Amiin.

Seterusnya,
Adik kedua or bang cIk.
Comel dan tembam. suka main pistol. Hehe. Pandai Mengaji dan perlu improve kan bacaan ek bangcik. Selalu lepak ngan aku kt bilik. Suka tengok tv dan makan.

Last Skali,
Adik terakhir,
Nama panggilan "adik". Seorang yang sangat comel dan agak rendah. Umur 6 tahun 2009. Sekolah Tadika Islam Al-Fasih. Hyperaktif dan sgt2 suka main, lari dan panjat2. Hehe. Susah nk jage die mase kecik dulu. Sangat cepat belajar. Cepat baca Al-Quran dan membaca. Selalu bermanja ngan ahli keluarga. Suka tengok citer kartun lagi2 upin ngan ipin. Sangat peramah. Punyai banyak kawan. Lastly suka menconteng.

itulah keluarga aku.
mereka sangat seronok dan bahagia. Aku bersyukur dapat keluarga bahagia.

Alhamdulillah.

InsyAllah bertemu laig di post seterusnya.

| edit post

Cuti yang Menyeronokkan

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Salam Alaik

AlhamduliLLah.
cuti telah pun bermula. Dapat la mula puase kt rumah. Seronok btol balek rumah. Dahla kt skola x boleh nk outing. Terperap kt ctu macam dalam penjara. Tapi x per la. syukur sebab Allah da tolong aku untuk berehat di rumah disamping keluarga tersayang.

Sedikit selingan.

nak promote e-mail nih

akir93@yahoo.com

untuk
-ym
-myspace
-facebook
-friendster

sekian terima kasih.

| edit post

Arrab Mini vs My Love - Amr Diab ft Westlife

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualaikum,

Hari ni, aku nak kongsi satu lagu yang agak best. Gabungan lagu amr diab dan Westlife. CUBE2 Le dengar.

link untuk download


| edit post

Ahlan Wa Sahla ya Ramadhan Al-Mubarak

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

Assalamualaikum,
Alhamdulillah.
Ramadhan 2009 telah tiba. Hari ini 1 Ramadhan hari pertama aku berpuasa. Semoga dalam bulan yang penuh barakah ini dapat aku memperbaiki diri yang semakin lemah dan kufur akan nikmat kurniaan Allah S.W.T. Insyallah.

RAMADHAN BULAN UMAT ISLAM.

Ya Allah, Bantu lah aku dalam menjadikan diri lebih bertaqwa kepadaMu wahai Tuhan kepada hamba yang hina ini. Amiin

| edit post

Kem Jati Diri Tingkatan 4

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Alhamdulillah...
bertemu lagi kita kerana di panjangkan umur oleh Allah S.W.T
hurm...

aku nk cerita sikit pasal kem jati diri...
Da lame da kem nih berlalu tapi aku citer jela buat informasi kalian yer. First sekali nak cakap, kem nih memang seronok. Dapat membina jati diri aku yang sebelum kini lemah dan menjadi semakin kuat InsyaLLAH. Mendidik aku menjadi insan yang lebih berguna dan beriman. Semoga dapat merasai peluang keemasan ini buat kali kedua.

Ini serba sedikit tentang aktiviti yang dijalan kan. Aku akn cube cerita sedetail yang boleh la. Kem bermula pada stau petang Jumaat yang sangat tenang. aku memang suka hari Jumaat. Panghulu segala hari dan merupakan hari yang tenang bagiku. So, Semua pelajar F4 berkumpul la di court basket dan dengar sedikit briefing dari staff Amran, pegawai waran 1 rejimen 512 askar wataniah. aku tengok muka staff macam garang jer. Baru 1st day lsgi sket n kene hukuman. Nasib abik x kene paper. Pastu akitiviti pertama pun bermula. Namanya sukan lasak. Tapi bagi aku x der la lasak mana. Mungkin bagi hamba Allah yang lain lasak kot. Tapi aku x der la penat sangat. Allah dah bagi kekuatan yang mencukupi. Caranye, setiap kumpulan dibekalkan dengan 5 biji telur, 5 bagpack berisi batu-bata, 1 tayar truck 3 tan, dan sebaldi air. kami kene melalui trek yang disediakan dan membawa pulang barang2 tersebut semula ke tempat penamat. Kumpulan aku agak lambat tapi kami mempunyai kerjasama yang agak mantap. The, aktiviti eksplorace. Macam biasa, ader trek jugak tapi berlainan sikit. kene bawak bagpack jer. Kene lalu longkang 'sunway lagoon' mozac yang sangat panjang. Sakit kaki dgn belakng sebab tercalar dek penutup longkang 2. Tapi tak per. Aku terima dengan redha. Lepas da habis sumernyer, kami naek atas, solat, mandi n lukis bendera.

Malam 2 pulak, aktiviti yang dijalankan ialah meredah hutan di belakang bukit MOZAC. Mula-mula kami bertolak ke kem askar sebelum meneruskan perjalan ke pencawang di atas bukit. Semasa di kem, aku diminta untuk mempersembahkan bendera yang team aku cipta. Then, kami bermain sukan rakyat. Kemudian barulah kami meneruskan perjalanan. Kami Berhenti di tengah2 bukit dan dilepaskan Seorang2 naik ke pencawang yang terletak di atas bukit. Aku ditakut-takut kan tapi aku buat x tau jer. kami pun mula redah hutan dan kembali ke skolah pada pukul 4 pagi.

Esok nyer pulak ader aktiviti paintball dan flying fox. Platun aku telah ditentukan untuk bermain paintball dulu. aku form 1 team yang terdiri drpd aku, Ezam, Omie, Mia, Chiko. Kami diberi peluang untuk merasai 2 game. AlhamduLILLAH team aku menang sumer game. Dapat la juga aku headshot beberapa orang. hehe. Petang tu pulak, baru platun aku main flying fox rentas sungai. Sekejap je habis. X der la cuak sangat. X adventure la. tapi x pela. Nanti aku try yang lagi tinggi. hehe. Aktiviti paling best tyme ialah naik lori tyme nak pegi flying fox. haha. Kemudian kami ade kuliah lepas solat maghrib.Dapat la belajar sedikit ilmu agama. Lepas tuh aktiviti menelesaikan masalah. Kami diberi surat khabar lama dan dikehendaki untuk mereka satu monumen dan satu tali yang kukuh. Kami tidak dibenarkan menggunakan gam atau aper2 bahan pelakat. Kalu nk lekat kene gune air liur. Tyme ni lah air liur aku habis. Lepas tuh aku kene present kt depan. Presentation aku paling seronok r.

Hari Ahad merupakan hari terakhir kem. Pagi tuh kami lambat dan kene hukuman yang berat. Lepas tuh kami ada demonstrasi pengkalan. Sekali lagi kami masuk hutan dan melihat macam mana hemok dibina dan macam mana untuk memasak di dalam hutan. Kumdian kami diminta untuk membina hemok dan memasak makanan sendiri. Kerjasama memang penting. penat btol buat kerja2 nih.

Last skali, aktiviti penutup. dipendekkan cerita team aku menang pertandingan penyelesaian masalah. Tamat

Haaa. Lebih kurang macam tulah kem aku. Seronok. Rase macam nak pegi lagi. Tapi x pelah. Kenangan sekali memadai. ok. Minta maaf sebab x der gambar nk diselitkan sebab x bawak kamera.

sekian
Assalamualaikum

| edit post

Bas Melaka.. ASTAGHFIRULLAH

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Salam Alaik..

Hari ini 12 jul, aku outing bersama beberapa org rakan ku. Kami pergi ke Mahkota Parade untuk menghabiskan voucher thai kuang yang kami dapat mase hari anugerah cemerlang. Lepas lunch kat sana, kami bertolak semula ke JUSCO.

ceritanya,
semasa berada di dalam bas, sedang aku berborak dengan kwan ku, aku ternampak di belakang kerusi bas tertulis "b*hsi* P****t tembam [014-*******]. terkejut aku. ape yang remaja melaka dah jadi? sungguh terharu aku melihat remaja yang sepatutnya melakukan amal kebaikan telah menjual badan untuk keseronokan \ duit. MASYALLAH. aku tak tahu aper yang akan terjadi bile aku masuk U nnti. Maksiat akan lebih berleluasa. Adakah aku dapat melawan nafsu...

"Ya ALLAH bantulah aku apabila aku sudah dewasa, hindarilah aku dari kancah maksiat. AMIIN"

| edit post

Berlari Merentas "Taman"

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,
Assalamualaikum w.b.t

Semalam 11 Julai,

Sekolah ak ade mengadakan pertandingan merentas desa.
Mula lebih kurang pukul 8 dan habis dalam pukul 11 camtu.
Trek merentas desa cuma pusing2 taman muzaffar shj...
x de lah jaoh mne...lebih kurang 4 km..
tapi, memandangkan aku sakit kaki, aku x dapat nak berlari ..
cume sempat tubuhkan kelab persiaran je..
walaupun berjalan kaki dari awal smpi habis, peluh tetap menitis di seluruh kepala..penat la juga...pancit sbb da lame x exercise..

Aper yang seronok nye ak dapat tengok keindahan dan senario waktu pagi penduduk taman muzaffar...ade yang berjoging dan sebagainya. Suasana agak nyman dan selesa tanpa ganguan. Sempat la juga aku amik gambar budak2 yang lari 2.

walaupun berjalan kaki dari awal, ak tetap dapat cip. Boleh la mnyumbang sedikit markah rumah...hehe

keputusan keseluruhan.
1. syahbandar
2. bendahara
3. laksamana
4. rumah aku[temenggung]

agak terkilan sebab rumah sukan ak kalah...
tapi x per...
aku tetap bersyukur dengan ketentuan ILLAHI
cube lagi tahun dpan.

PETANG

Pd sebelah petang ada lawatan pengawas dari SBPI Gopeng. Kami pengawas f 4 menyambut kedatangan rombongan tu yang baru habis bersiar2 di Melaka. Pada malamnya pula ade 1 perkongsian antara pengawas MOZAC dan pengawas SBPI Gopeng. Setelah tamat, kitorang sempat bergambar dan rombongan itu pulang ke Perak malam tu jugak kerana ada hal yang tak dapat dielakkan..

| edit post

HKSBP Bola Keranjang Kebangsaan

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,




Assalamualaikum,
Ahlan wasahlan...

sekarang aku nk cerita tentang permainan yang menjadi favourite aku sejak form 1 lagi...
tak lain tak bukan, basketball@bola keranjang..

Ok,
haritu 28 mei sampai 2 jun ada satu pertandingan basket di SSP sempena HKSBP Kebangsaan...
Kami berkampung di SSAS selama 6 hari....dorm kami kat tingkat paling atas...
penat jugak nak naik tangga...

1st day kami lwn sesma....perlawanan agak sengit pada permulaan....
tp berkat usaha...AlhamduliLLAH kami menang 51-30..
kemudian kami rehat di dorm sebab petang tu tak ada match...

so besok kami ader match besar,
match antara mozac dan semasyur...
semasyur yang merupakan johan zon tengah berikan saingan yang kuat kepada pasukan kami..
aku bermain bersungguh-sungguh sehingga injured pada quarter ke2...
aku tak dapat main lagi kerana kecederaan di peha aku menyebaban aku x boleh bergerak....
MasyaALLAH...hanya DIA yang tau kesakitan yang aku alami...
aku bersabar sehingga perlawanan tamat....
nasib tidak menyebelahi kami...kami kalah 2 mata
62-64

3rd day kami bertemu mckk...
mckk yang merupakan champion kebangsaan tahun lepas merupakan 1 team yang kami geruni....
tetapi...dengan berbekalkan semangat sepanjang game...kami x putus-putus memberikan asakan sehingga kami menang...
60-48.

then kami bertemu smesh pada hari keempat....
perlawanan terakhir grouping....
kami menang sekali lagi dengan score 50-28

selaku naib johan group,
kami melayakkan diri ke separuh akhir...
separuh akhir kami bertemu musuh tradisi iaitu SDAR....
kami main dengan semangat yang kurang dan ramai or
ang yang injured termasuk aku sendiri...
kami kalah...mata dia aku tak ingat...

kami teruskan pelawanan untuk merebut tempat ketiga dan keempat...
kami sekali lagi kalah dengan SEMASHUR....

jadi kami mendapat tempat keempat....

SDAR bertemu SAINSKU pada final dan ternyata SAINSKU lebih hebat kerana mereka menang ke atas SDAR....

aku berasa agak kecewa kerana tidak dapat bermain untuk sekola daripada perlawanan menentang SEMASHUR sehingga tamat acara....
tapi aku tak kisah...
setiap yang ALLAH jadikan ada hikmahnya....

kami juga sempat berjalan-jalan di Alamanda untuk bermain boling, arked dan wayang...



DINNER DI PICC



ALAMANDA


MOZAC VS SEMASHUR


terima kasih....
Arigatou ne....



p/s: "pada hari keempat aku pergi ke hospital bersama parent dan mendapati tissue di bahagian peha kiri telah koyak...ia mengambil masa yang lama untuk sembuh....namun aku tetap bersyukur...ALHAMDULILLAH.."

| edit post

70 Jenis Dosa Besar

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualaikum W.B.T

AlhamduliLLAH dapat kita betemu lagi dalam blog ini...
ak ingin berkongsi dengan kalian tentang dosa besar.
Memang benar, sering bermain dengan dunia, selalu melakukan kesalahan, dosa yang besar mahupun yang kecil pada ALLAH atau umat yang lain, diri kita yang hina, serba kekurangan, perlukan jalan yang benar dan lurus untuk menjadi seorang yang bertakwa, seorang yang memperoleh hidayah dan keredhaan dari ALLAH dan syafaat dari RASULULLAH.

Jadi, aku ingin menyeru semua umat Islam agar jauhi perkara-perkara di bawah ini bagi mengelakkan kita mendapat dosa besar dan kemurkaan dariNYA.

Mengikut imam Azzahabiyy dalam kitabnya "Al-Kabaair" beliau menghimpunkan jenis dosa-dosa besar sebanyak 70 perkara seperti berikut:

01 - Belajar ilmu dan sembunyi pengetahuan
02 - Bersaksi palsu
03 - Berjudi

04 - Bersumpah palsu dan bohong
05 - Berbohong
06 - Bergambar di baju (bila sembahyang)
07 - Perempuan pelacur
08 - Berbuat buruk terhadap yang lemah
09 - Berdebat dan memusuhi
10 - Bersifat dayus
11 - Bercakap kasar dengan orang tua
12 - Dusta nama Allah dan rasulnya
13 - Derhaka pada suami
14 - Derhaka pada hamba Allah, anggap baik dirinya
15 - Hakim derhaka
16 - Homosek (seagama/sejenis)
17 - Mengurangi timbangan
18 - Lari seorang hamba dari tuannya
19 - Lelaki menyerupai wanita
20 - Lari dari medan perang di jalan Allah
21 - Membunuh manusia
22 - Membunuh diri sendiri
23 - Mengamalkan sihir
24 - Meninggalkan sembahyang lima waktu
25 - Meninggalkan sembahyang jumaat
26 - Menderhaka kepada kedua ibu bapa
27 - Memutuskan hubungan silaturrahim
28 - Melakukan zina
29 - Makan harta anak yatim secara tidak betul
30 - Makan dari kekayaan haram
31 - Memberi dan menerima rasuah
32 - Melabuhkan pakaian kerana berlagak sombong
33 - Makan riba
34 - Minum arak
www.familiazam.com
35 - Mencuri
36 - Merompak
37 - Melakukan kezaliman
38 - Melakukan pengkhianatan
39 - Menyebut-nyebut pemberian
40 - Mengingkari janji
41 - Memfitnah
42 - Mengutuk orang islam
43 - Merasa aman dari kemurkaan Allah
44 - Menipu harta rampasan
45 - Melampaui batas
46 - Menuduh zina terhadap orang baik
47 - Memakai emas dan sutera (bagi lelaki)
48 - Mempercayai nujum dan sihir
49 - Menjadi bapa sanggup
50 - Mencari kesalahan orang lain
51 - Menganggu orang lain
52 - Menganggu tetangga
53 - Menyakiti dan memaki orang islam
54 - Mengintip dan membuka rahsia orang
55 - Mencaci sahabat Nabi
56 - Mengurangi wasiat
57 - Mengingkari takdir
58 - Putus asa dari rahmat Allah
59 - Penipuan dan kezaliman terhadap rakyat
60 - Riak dan mempamerkan diri
61 - Syirikkan Allah dengan sesuatu yang lain
62 - Sombong serta angkuh
63 - Sembelih untuk selain Allah
64 - Tidak mengeluarkan zakat
65 - Tidak berpuasa di bulan ramadhan
66 - Tidak mengerjakan haji jikalau mampu
67 - Tidak istinjak selepas kencing
68 - Tidak mendengar cakap ibu bapa
69 - Tipu daya
70 - Wanita menyerupai lelaki

p/s: sedikan payung sebelum hujan

| edit post

Hari Guru 09

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:


Assalamualaikum.

Sambutan hari guru tahun ni di sekolah ake memang meriah. Macam-macam persembahan ada.
Ni yang nak cerita sikit kat kamu semua
Mula-mula kami ada senam robik kat court.
Pastu ader sukaneka dengan cikgu.
Macam-macam game ader. Dart, boling ragbi, macam-macam lagi.
HU2. Seronok!!!.
Then kami masuk dewan.
Majlis pun mula
Ada macam-macam persembahan. Unplug, piano solo, karaoke, tarian, sajak, seloka dan macam-macam lagi.
Lagi-lagi bila Cikgu Rosnah Karaoke.
kemudian ader potong-potong kek.
Dapat la makan secubit.
AlhamduliLLAH
Kalau ko nak tau lagi..
tanya la. So.
sempena hari guru yang indah ini, aku nak ucapkan kepada semua muallim yang mengajarku
terutamanya guru pertamaku iaitu Ibu da Ayah tercinta

Al-fatihah buat semu guru yang tersayang sebagai hadiah yang teristimewa.

Selamat hari Guru.

Salam Alaik!!



| edit post

Assalamualaikum blog

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:


Assalamualaikum,

apa khabar...
setelah lama tidak pulang ke rumah..
akhirnya berpeluang juga...
ALHAMDULILLAH

sudah berkurun tak meng'update' blog ni
tapi tak pe la...
selagi tiada kemalasan dalam diri serba hina ini...
blog kesayangan ini akan di update ok...

terima kasih...


| edit post

Hari Ibu

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualaikum,
Ahlan Wasahlan.

IBUKU TERSAYANG


Semalam....
10 Mei 09
merupakan hari yang terpenting dalam sejarah aku dan ibuku.
mnyambut hari ibuku yang tersayang ketika beliau mengunjungku di sekolah...
sesampainya dia di sekolah, aku terus ucapkan selamat hari ibu...
aku tidak sempat untuk memberi hadiah berupa barangan...
tapi...
aku masih menghadiahkan sesuatu buat ibuku..
ia adalah doa ku setiap hari dan Al-Fatihah buat nya..
ternyata ia lebih bermakna dari barangan-barangan yang perlu dibeli menggunakan duit yang kian diguna kian habis...
sungguh mudah untuk memberi hadiah yang bermakna...

adakah anda telah mngucapkan dan memberi hadiah buat ibumu yang tersayang?
jikalau belum, lakukanlah sementara sempat.
Moga-moga kita sama-sama mendapat manfaat.

Doa Untuk Ibu Bapa


Ya Tuhanku! Ampunilah aku, ibu bapaku dan kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.”


Sajak Hari Ibu.

Ibu..
Di saat ku melihat dunia,
Kau tersenyum menangis gembirra,
Tatkala ku dibesarkan,
kau berikan segunung kasih sayang,
Selaut belaian..

Ibu..
Akan ku gapai kejayaan biarpun tanah tak ku pijak,
Akan ku cari kejayaan untuk kau ibu,
Itu lah yang mampu membuatkan kau tersenyum gembira melihat ku,
Akan ku jadikan bunga-bunga di taman,
tempat lebah mencari madu,
Agar madu yang manis membuatkan hidupmu lebih bererti..

Ibu..
Pengorbananmu akan ku balas,
Pengajaranmu sentiasa jadi pegangan,
Biarpun ombak merobek dunia,
Kau tetap ibuku yang satu.

TERIMA KASIH IBU



| edit post

Basket HKSBP Zon Selatan

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,

Suasana dalam game

Assalamualaikum.

AlhamduliLLAH dapat kita bertemu lagi
Kali ini aku nak cerita tentang permainan favourite aku.
Basketball
Untuk pengetahuan,
Haritu ada 1 pertandingan bola keranjang HKSBP ZON SELATAN yang diadakan di Mersing.
Kami berkampung selama 4 hari di Sekolah Menengah Sains Sultan Iskandar[ISiS].
Sekolahnya cantik dan lawa. Seronok menginap di situ
Layanan yang diberi oleh pelajar pun bagus

Tentang permainan pula,
1st day kami lawan tuan rumah [ISiS], kami menang. Kemudian, kami lawan SMAP Labu, kami menang. Perlawanan ini sungguh bersejarah sebab kami mencatatkan Score 105-27. Dengan kemenangan keatas kedua-dua pasukan, kami layak untuk ke pusingan kedua.
Pusingan kedua kami menentang SBPI Selandar, kami menang lagi. Kemudian kami lawan SAKTI, sekali lagi kami menang. Walaupun menang, perlawanan dengan SAKTI begitu sengit sehingga kami hanya menang 1 point. Ini telah melayakkan kami ke perlawanan akhir[FINAL]

Di final kami bertemu SDAR, dan dipendekkan cerita kami kalah 4 point.
Tapi ia tidak mematahkan semangat kami untuk terus berjuang pada peringkat kebangsaan di SSP nanti.
Terima Kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak langsung.

Keputusan rasmi:
MOZAC vs ISIS(intergrasi mersing): 76-24 [menang]
MOZAC vs SMAP LABU:105-27 [menang]
MOZAC vs SELANDAR: 36-14 [menang]
MOZAC vs SAKTI: 29-28 [menang]
MOZAC vs SDAR: 49-45 [kalah]

Pasukan aku

| edit post

UjiAn 1

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
Assalamualaikum,

Result Ujian 1 telah pun keluar.
AlhamduliLLAH, walaupun jangkaan tersasar tetapi aku dapat keputusan yang ok jugak la.
Mungkin sebab kurang membaca, taget tidak mencapai
DItambah lagi dengan sikap ku yang memang malas.
Inilah balasan ALLAH kepada ku
Tapi aku tetap bersyukur
THANK YOU ALLAH

Keputusan nya:
4A1
4A2
1C6

C6 merupakan sejarah ok...
Aku akan cuba memperbaik lagi selagi masih diberi peluang ok..

TATA

| edit post

Geng Pengembaraan Bermula

Shakir Zufayri Filed Under: Labels: ,

Assalamualakum pembaca!

Aku ingin berkongsi sebuah cerita kartun yang aku tonton bersama keluarga.
AlhamduliLLAH cerita ini seronok.
Memang menjadi kesukaan rami kerana panggung sentiasa penuh dengan pengunjung.
Cuba-Cuba lah untuk tonton
Memang seronok
dan sesuai untuk kanak-kanak. Haha
Macam saya

Sinopsis Cerita
Ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman Kampung Durian Runtuh. Penduduk kampung menyebarkan cerita tentang kewujudan suatu makhluk yang menggerunkan menjelang waktu malam, namun tiada siapa yang berani mencari kebenaran disebaliknya...

Sehinggalah Badrol dan Lim, serta rakan-rakan baru mereka terjerumus ke dalam misteri tersebut tanpa disengajakan. Seekor haiwan aneh yang tidak diketahui asalnya, menjalin persahabatan dengan Rajoo dan membawa mereka semua ke suatu pengembaraan, jauh ke dalam hutan hujan Malaysia yang penuh dengan hidupan liar, termasuk seekor ular gergasi yang mistik. Sertai mereka, dalam mengungkap misteri dan merentasi cabaran di sekitar keindahan panorama flora dan fauna Malaysia.


| edit post

MasyaLLAH. Ramai nye orang main benda ni

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:

Assalamualaikum.

Kenapa semua orang di Mozac suka sangat bende ni.
Termasuk diri aku sendiri.
Apa yang seronok nye.
Tapi benda ni ada manfaat nya.
Menjana minda semua orang yang main benda ni.
Tapi ingat, jangan main sampai terlupa kewajipan kita sebagai umat Nabi Muhammad S.A.W.
Solat, mengaji dan pelbagai ibadah lain jangan ditinggalkan.

Semoga kita semua mendapat manfaat.

Firman ALLAH tentang tuntutan ibadah kepada NYA

"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." (Surah Adz-Dzariyaat : Ayat 56)”




| edit post

Nak berkenalan?

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:
-akir93@yahoo.com

Friendster, Myspace, Facebook
Ym

| edit post

Tentang Aku

Shakir Zufayri Filed Under: Labels:


  • Nama: Muhamad Shakir Zufayri Bin Noor Samsudin
  • Alamat: No. 43 Jalan Sri Kenari 6, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang, Selangor.
  • I.C : 930120-14-6225
  • Tarikh Lahir: 20.01.1993
  • Tempat Lahir: Hospital Besar Kuala Lumpur
  • Sekolah Rendah: Sek Keb Leftenan Adnan, SRA Rahmaniah
  • Sekolah Menengah: SMS Muzaffar Syah
  • Hobi: Banyak Oi...Hurm...dengar lagu...berenang...termenung...baca Al-Quran...men go-kart...paintball...memancing....men basket ball...surf internet...men game...rayau-rayau...tido...makan....melancong....
  • Makanan Faveret: masakan ibu ngan western...italian...french
  • Minuman Feveret: jus buah...lai chi kang...susu...iced lemon tea
  • Music: banyak sgt...avenged sevenfold, system of a down...boys like girls...the used...armor 4 sleep...anberlin...atreyu...3 doors down...30 seconds to mars...blink182...breaking benjamin...linkin park...bullet 4 my valentine...butterfingers...fall out boys...from autumn to ashes...good charlotte...green day...hoobastank...incubus...limp bizkit...korn...muse...mcr...panic at the disko...paparoach...relient k...sasin...secondhand serenade...simple plan...slipknot...stone sour...taking back sunday...the academy is...three days grace...trapt..Akon...bLa-bLa-Bla
  • Movie: Harry Potter, Geng, Action muvi, Dll
  • Anime: Naruto...bleach...det Conan...eyesheild...prince of tennis
  • Buku: Al-Quran shj...yg len x mnat
  • Tinggi: 1.8m kot
  • Berat: X iGt lar...
  • Idol: Nabi Muhammad
  • Feveret Quotes: no. 2 Ialah orang yang pertama kalah..be the first...
  • Secret Admire: rahsie...
  • Status: Single
  • Bil Keluarga: 6
  • Bil Adik-bradik: 4
  • Nama Ayah: Noor Samsudin
  • Nama Ibu: Zarinah
  • Nama Adik: Shahira, Syahmi, Syahzani
Hmmm....
Kalau nak tau lagi

akir93@yahoo.com

untuk:
-Ym
-Facebook
-Friendster
-Myspace

| edit post

Alhamdulillah

Shakir Zufayri Filed Under:
Assalamualaikum....
yAtta...
Aku sudah pun buat blog sendiri untuk tatapan semua. Blog ini berkenaan dengan diari diri ini dan apa yang dilakukan sehari-hari. Insyallah dengan tenaga yang Allah bekalkan aku akan sentiasa updatea blod ini.

"p/s: Yatta tu masksudnya yahoo"
haha
ok
Assalamualaikum

| edit post
Photobucket